Friday, 3 October 2014

The New One




             Bismillahhirramanirrahim. Assalamualaikum! Salam perkenalan daripada aku, ‘One of The Jejaka Tangan Power’ yg semuanya hensem2 belaka. Dah la bergaya siot. Tapi aku ni jenis  yg rilek je. Orang lain tengah duk kalut nk study, tp aku santai je utk siapkan entry pertama aku. I will be a blogger babe! OMG…OMG…OMG…  haha. Maklumlah sekarang ni musim final exam kat university aku ni.

          Tapi xpe, sambil korang tengah menghirup teh tarik ke, kopi amende ke,  apa2 je lah yg korang tengah buat tu asalkan bahagia. OK! Memandangkan ini salam perkenalan daripada aku, akan aku perkenalkan nama aku yg xberapa nk femes sangat sekarang ni. Tapi time nk puasa, tup2 nama aku ni naik. Biasalah, Only In Malaysia  yg jenis ada musim2 nya tak gitu. Huhu. Nama aku Syaaban, a.k.a Syaaban Reds sbb aku ni fan Liverpool sejak minat bola lagi masa kecik2 dulu.

          Nama panggilan Syakbe @ Be. Aku ni berasala dari negeri yg ‘dikatakan miskin la’ Kelantan tapi di Malaysia. Eh! Aku ni kaki bola, nk sembang pasal bola pun boleh, isu semasa ke, politik ke, agama ke, aku ok je. Kalo hiburan, Haram Jadah! Takkan nk sembang pasal Azwan Ali kot, apakejadah tu wei? Dalam kata mudah, aku ni mudah utk disembangkan atau dipersembangkan. Dah cukup? Oklah tu salam perkenalan daripada aku. Kalo nk lebih2 lagi, pegi add aku kat fb (Syaaban Reds) sana, tak pun follow kat twitter (@Syaaban_Reds). Insta aku xbuat, sbb aku ni bukannya kaki selfie, ambik gambar sana sini, entah buat mende lah.

          Sebenarnya, aku ada hajat utk menulis buku, tp sbelum tu kenelah berjinak-jinak dulu dengan blog ni. Nk buat blog pun ada hajat jugak sampai xtidur malam fikir nama yg sesuai utk blog. Tapi xpe, dapat rezeki dari member2 yg approve aku utk menjadi ‘One Of The Jejaka Tangan Power’ ni dah buat aku bersyukur. Aku ni bukanlah ulat buku yg menjilat buku2 tiap2 minggu, tapi sedang mengerah kepala utk selalu baca buku. Maklumlah sekarang ni kan banyak buku2 indie yg diterbitkan oleh geng2 ‘Penulisme and Terbitanisme’. 

         Apa yg boleh aku janjikan utk pembaca2 blog sekalian, aku akan cuba menulis cerita cerpen pendek setiap minggu dan kalo ada masa lebih, isu-isu semasa juga akan aku cuba kupaskan utk tatapan awak2 yg cantik dan hensem2 semua. Dikala senja merangkak menuju mentari, lebih baik aku menyuraikan salam perkenalan kita ini. Salam Perkenalan!

~Syakbe~

p/s  Hai abam2 admin yg power!

Senyum :)

Tatkala jam menunjukkan 0433, aku termenung seketika. Banyak perkara yang bermain di fikiran.
Kekadang fikiranku melayang melayang. Aku tak tahu apa yang sedang difikirkan sebenarnya. Mungkin tengah stress dengan final exam kot. Mungkinlah. Maklumlah sem ni yang AGAK mencabar daripada sem sem sebelum ini.

Tapi, tujuan sebenar aku menulis entry ini adalah untuk mengungkapkan apa yang dialami oleh seorang penuntut uni seperti aku dan sahabat sahabat yang lain. To be honest, banyak benda yang aku belajar dari pengalaman hidup sebagai seorang yang masih mentah dalam hal hal dunia. Tapi biasalah bro, pengalaman mendewasakan kita. Bak kata pepatah omputih "Experience is the best teacher". Fuhh Omputih siot.

Sepanjang aku hidup jauh dari ibu bapa, banyak perkara yang aku belajar dan mengerti dan aku cukup yakin kawan kawanku juga mengalami perkara yang sama. Meskipun ada yang sampai menangis (esp girl, biasala hati tisu hehehe).

"Kenapa aku perlu belajar benda alah ni"
"Asal susah sangat benda ni"
"Menyesalnya aku"
"Aku sedih :("

Hahaha. Biasalah tu.

Kekadang aku tersenyum melihat gelagat teman teman. Ada yang menangis sebab pelajaran. Ha yang itu ok la. Ada yang menangis sebab cinta. Hm. Yang ini tak ok sangat. Tapi aku sebenarnya gembira melihat teman teman yang sedang dilamun cinta ni. Setiap masa tersenyum aje. Kehkeh. Tapi jangan sampai menggangu pelajaran sudahlah. Berpada-pada orang kata. Tapi gua salute juga sis sis dan bro bro yang tak ambil peduli pasal cintan ni. Steady ah. Tapi aku doakan semoga kita semua dijauhkan dari hubungan yang sia sia. (asal banyak sangat tapi ni?!)

Kerana perjalanan kita masih jauh. Terlalu jauh.


"Berjalanlah,
 walau sambil menangis,
 jangan sesekali berhenti.

"Believe that a good day will come one day, you can endure as much as you believe."


Senyum.


-Rep-

p/s : maaf ayat berterabur btw mana admin lain? hambar betul -_-

Saturday, 12 July 2014

Sebuah Kisah Bridged Izzudin al-Qassam

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Pernah dengar syarat  kemasukan ke mana-mana jabatan swasta, jabatan kerajaan, sekolah dan institusi pengajian tinggi atau syarat kelulusan mendapatkan kemudahan dari institusi kewangan seperti ini...

"Solat subuh berjemaah (termasuk solat fardhu lain) selama 6 bulan yang disahkan oleh ahli qaryah masjid." 

Sujud syukur tentera Al-Qassam


Tak pernah kan? Inilah syarat utama generasi muda perindu Syahid untuk menyertai sayap elit tentera Hamas. Pasukan khas intifada pembebasan Palestin yang begitu digeruni oleh tentera Israel ini dikenali sebagai Bridged  al-Qassam. Al-Qassam adalah diambil bersempena nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, tokoh pejuang dari Syria yang terkorban syahid di Ya'bad, Palestin pada tahun 1935.

Syarat yang sangat istimewa kan? Terfikir di benak, alangkah indah sekiranya syarat ini turut diaplikasikan pada pasukan keselamatan dan pertahanan negara kita seperti tentera dan polis. Pasti ada perbezaan yang lebih ketara pada 'roh' mereka sekiranya solat dijadikan tunjang kekuatan. Sebagaimana kata Naib Presiden Ikhwanul Muslimeen, Umar al-Khattab pernah berpesan, "Allah beri kemenangan kepada kita mengikut sejauh mana patuhnya kita kepada Allah, dan berapa jauhnya pula kita terhadap maksiat kepada Allah". Dengan kata lain, apabila polis dan tentera menjaga hubungan dengan Allah, sudah pasti pasukan keselamatan atau pertahanan negara akan bebas dari rasuah atau salah guna kuasa dalam menjalankan tugas. Selanjutnya mereka akan sukar dipengaruhi oleh mana-mana kuasa sehingga kemuncaknya tidak akan akur kepada kemaksiatan segelintir pemimpin.

Malahan, konsep ini juga boleh diperluaskan lagi. Mungkin syarat sebegini boleh diaplikasikan pada bakal mahasiswa-mahasiswi, sebagai syarat utama kemasukan universiti. Barulah universiti dapat menjana mahasiswa yang berkualiti secara holistik. Sekaligus mengatasi masalah gejala sosial di IPT yang tidak terkawal dewasa ini. Mahasiswa yang solat, insyaAllah melahirkan mahasiswa yang berjaya dunia dan akhirat. Begitu juga syarat utama untuk menyandang jawatan penting di organisasi. Syarat ini juga termasuklah bagi kelayakan mendapatkan kelulusan pembiayaan atau kemudahan yang ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan, koperasi, dan badan swasta. Sudah pasti organisasi seperti IPT, jabatan kerajaan, koperasi dan badan swasta akan menjaga hubungan baik dengan qaryah masjid kerana ahli qaryah merupakan orang yang berkepentingan dalam mengesahkan kualiti calon. Lebih menarik, solat dan ibadat yang dijalankan bukanlah berkepentingan peribadi melainkan bertunjangkan redha Allah SWT semata-mata.




Berbalik kepada tentera elit Bridged Izzudin al-Qassam, pasukan ini dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. Mereka bukan sahaja memiliki disiplin yang tinggi, bahkan mujahidin yang ingin berjuang atas panji al-Qassam perlulah memenuhi ciri-ciri berikut:

  1. 1  Menjaga solat 5 waktu secara berjemaah
  2. 2  Gigih berpegang dengan ajaran Islam
  3. 3  Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
  4. 4   Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin
  5. 5 . Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
  6. 6   Mencintai dan bersedia Syahid

Itulah kunci kekuatan dan kehebatan sayap Hamas ini. Semangat juang yang tinggi untuk menjadi syuhada menjadi tunjang kekuatan Bridged al-Qassam.

Sejarah peperangan Islam telah mengajarkan kita banyak perkara berkaitan peperangan…

Suatu hari, panglima pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq meminta Sayyidina Abu Bakar menghantar bantuan tentera sebanyak 4000 orang. Tetapi, khalifah Abu Bakar menghantar hanya 4 orang sahaja. Kemudian, Amirul Mukminin itu menyelitkan surat yang memberitahu nama-nama pahlawan yang dihantarnya. Beliau menyatakan setiap seorang pahlawan itu sama kekuatannya dengan 1000 orang pahlawan. Maka, 4 pahlawan sudah menyamai 4000 orang.

Sayyidina Umar juga berkata, “Aku tidak takut terhadap berapa musuh yang ada dihadapanku, tetapi aku takut terhadap dosa-dosa yang melekat dalam hati aku..”

Selanjutnya, Abdullah bin Rawahah berkata, “Amal soleh kamu yang membawa kamu bertemu dengan musuh musuhmu bukannya senjata-senjatamu yang memberi peranan.”

Keadaan ini menjadikan tentera Islam sentiasa merasa ma’iyyah (merasakan Allah sentiasa bersama) dan perasaan inilah menjadikan mereka kuat, lalu merasakan perkara sulit menjadi mudah dan musuh-musuh Islam berasa takut dengan mereka.

Jelas bantuan Allah telah sampai. Allah menurunkan MALAIKAT berjuang bersama golongan mukminin sebagaimana firman Allah, “Sesungguhnya bukanlah kamu yang melontarkannya (menyerang atau memanah) tetapi Allah yang melontarkannya (kepada musuh)” mengesahkan kualiti calon. Lebih menarik, solat dan ibadat yang dijalankan bukanlah berkepentingan peribadi melainkan bertunjangkan redha Allah SWT semata-mata.




"Sesungguhnya Solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (surah An-Nisa: Ayat 103)"

-DAUS- ;)

Thursday, 29 May 2014

Resipi Simple Red Velvet

Assalamulaikum wbt ya akhi ya ukhti semuanya,

"Hm nampaknya dah bersawang dah blog ni sebab lama tak update" <---clishe kan ayat ni. Biarla aku nak tulis jugak. K. Tengok entry pon dah tahu aku nak tulis pasal apa kann. kann. Jadi, aku malas nak merapu pepanjang. Ok, kita terus proceed dengan resipi ala ala macam best padahal tak best mana pon. Hm but worth a try kot.

Bismillahhirahmanirrahim...

                                                                  Resipi Red Velvet

First step betulkan niat dulu aokme aokme semua barula kek tak sedap pon boleh jadi sedap. Haha.
Kat bawah ni aku senaraikan bahan bahan yg diperlukan. Ada bahan a, bahan b, bahan c dan bahan d. Nanti uolssss(gedik) tgk ah sndiri kat bawah nanti (bahan bahan ni aku rujuk dekat internet jugak)


Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream


Bahan A,B,C, dan D ni korang  just prepare awal awal secara berasingan. Bukan apa senang sikit korang nak campak campak dalam adunan nanti takdelah kelam kabut sangat. Dengarlah cakap aku. Aku cakap ni berdasarkan experience. Ceh experience konon kah! .

Oklah, first korang start dengan bahan C. Pukul 113gm butter selama 2 hingga 3 minit. Kalau dalam 3 minit  butter tak kembang kembang lagi pukul lagi sekuat hati(bayangkan org yg anda benci sambil pukul butter kahkah).

Seterusnya, masukkan gula kastor dan pukul lagi selama 3 minit atau lebih. Jangan pukul lelama sangat. Kesian dia nanti nak pukul lagi lepas ni.

Next, masukkan telur gred A satu persatu. Satu persatu tau. tau. Cenggini haa, pecahkan sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian, pecahkan satu biji lagi. Pukul dalam tiga minit.

Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

(Okay bahagian ni korang baca bebetul takut tak paham)
Sekarang masukkan bahan A dan bahan B secara BERSELANG SELI. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung jugak. Campurkan sambil pukul dengan lemah gemalai dan sopan santun macam saya :') . Haha.

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda). Sebenarnya masa aku buat haritu, aku silap campur cuka dengan baking powder tapi menjadi jugak haha.. Nanti bila korang campur 2 bahan ni ia akan mengeluarkan bunyi berdesir. Tunggu sampai ia berhenti mengeluarkan bunyi berdesir tu. Lepastu tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9inci sebanyak 2 bekas . Ukuran standard la tu. Loyang yang korang biasa guna buat kek tu ha. Ha yang tu la. Kalau loyang korang besar guna satu cukup la tapi korang kena mmberanikan diri nak potong kek nanti sebab nak buat 2 atau 3 lapisan. Macam aku sebab beginner lagi dalam baking kek ni aku buat satu lapis je(sebab tak berani nak potong pon ada takut kek hancur haha). Korang try la yg 2, 3 lapis tu.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Kalau kek aku dalam 45 minit kot baru masak pasal suhu oven tu aku main agak agak je. Nanti korang try cucuk cucuk la kek tu dengan garpuu nak test kek tu cukup masak ke tak.

Lepas tutup suhu oven, aku biarkan kek tu kat dalam oven dalam 15 minit. Biar sejuk dulu sikit. Apa ni nak gopoh gopoh. Rilek.

Keluarkan kek dari oven then tunggu biar kek tu sejuk sikit barulah keluarkan ia dari loyang.

Sementara menunggu kek tu sejuk. Jom kita buat topping cream cheese.

Cara-cara membuat topping cream cheese :

Pukul cream cheese dengan mascarphone sehingga kedua-duanya kembang. Mascarphone tu susah sikit nak cari. Kalau tak masukkan pon takpe.

Korang terus proceed masukkan esen vanilla dengan gula ising. Putar sehingga sebati.

Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama 2 minit sehingga adunan kelihatan pekat untuk dihias.

Gabungan bahan-bahan ni la sebenarnya yang buat kek ni jadi sedap. Percayalah tak tipu ni.

Cara-cara menghias topping cream cheese :

Sekiranya korang rajin dan mempunyai tahap keberanian yang tinggi untuk potong kek, potong lah kepada 3 atau 4 lapisan. Macam aku satu lapis sebab kurang keberanian. Amboi. Next time la pulak nak banyak banyak lapis. Kehkeh,

Kalau kek korang 2,3 lapis tu di setiap lapisan tu sapukan topping cream cheese. Secara berhati-hati ya :)

Okay, sila tuang kesabaran yang tinggi masa nak menghias pada bahagian atas. Masa ni lah nak tahu korang ni memang dilahirkan untuk membuat kek ke tak hahaha. ayatt. Macam aku sebab takda spatula aku pakai pisau je masa sapu topping cream cheese tu. pasai apa? pasai aku genius. Haha. Nak guna sudu pon boleh, takda masalah.

Dah siap semua. Masukkan dalam peti ais kerana kek lebih enak dimakan ketika sejuk. Kalau tak nyabo sangat tak payah pon takpa. Makan je teruss. Haha.

Ni gua belanja sikit gambo kek yg tk berapa mnjadi sangat haha. First time kot kehkeh.




                                                                   -Rep-







Monday, 17 March 2014

Hari-hari terakhir sebagai 'junior'

"Wah, tak sabarnya nak jadi senior"
"Aku nak cari awek junior la"
"Mesti best kan dapat junior"

Ya. Itulah kata-kata yang sering keluar dari bibir kawan-kawanku.
Tak kira perempuan mahupun lelaki, masing-masing "eksaited".
Tapi aku, cool je. Kehkeh.

***

Hm,
Sedar tak masa berlalu begitu pantas?

Hampir genap setahun,
Aku dan kengkawan menghabiskan masa bersama.
Buat kerja bersama.,
Main bersama,
Bergurau bersama

Dan,
Kena marah dengan lecturer pon bersama.
Hihi.

---

Penat,
Tak cukup tidur (tapi ada je yg terlebih tidur)
Itu biasa.
Tambah-tambah dekat akhir-akhir sem ni,
Lagilah, stress engko.


Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit — William Shakespeare

Biasalah, nak berjaya kan.

--

Tetapi,
Dalam masa yang singkat ini lah aku dapat kenal,
Hati budi kawan-kawanku,
Pe'el perangai mereka.

Ya. Semuanya baik-baik belaka.

***

Tatkala aku menulis entry ini,
Aku dan kawan-kawan sedang berjuang untuk final exam.
Semoga semunya berjalan lancar.

"Kerana sejauh apapun jarak, doa akan sampai"

Jadi, berdoalah.
Doalah untuk kejayaan kawan-kawan sekali ya.
Apa salahnya.

Dan, perjalanan kita masih jauh.....


Moga Allah Redha.


Nota kaki :
Entry lari tajuk skit, hehe. Nvm, abis final, cuti 2 bulan lebih pastu dah jadi senior dah. Korang, jadilah senior yg baik ek. Kehkeh. Ha, cuti sem nanti contact2 yawww. 2 bulan lebih kot. k lah bye korang
                                                             
                                                                 -Rep-

Kenapa aku?

          Kadang2 bila kita ditimpa ujian dan dugaan yang berat daripada Allah, mungkin terdetik dalam hati kita "Ya Allah, kenapakah kau turunkan ujian yang berat ini kepada aku? Kenapa bukan orang lain?". Sebagai seorang manusia yang lemah dan jahil, aku juga kadang2 tidak terkecuali daripada memikirkan perkara tersebut. Sering  terdetik dalam hati ini untuk bertanya kepada Allah, "Kenapa aku?" setiap kali menerima musibah, kemalangan dan ujian serta dugaan daripadaNya, namun adakah kita akan bertanyakan soalan yang sama "Kenapa aku?" setiap kali kita diberi nikmat, kemudahan dan kejayaan daripada-Nya. Sebagai nasihat untuk diri aku dan juga pembaca blog ini, tabah dan bersabarlah atas setiap ujian yang menimpa kita dan janganlah sesekali kita persoalkan Tuhan kenapakah kita diuji. Dan jangan lupa untuk bersyukur atas setiap nikmat yang diberikan kepada kita.


 B.A.

Sunday, 16 March 2014

Masalah Membuatkan Kita Lebih Tabah

Bismillahirrahmanirrahhim..
Assalamualaikum..

     Sejak akhir-akhir ni Malaysia dilanda banyak masalah.Bukan Malaysia je tapi negara luar juga pon ade masalah juga bahkan lebih teruk contohnya negara-negara Arab yang hari-hari kene perang untuk pertahankan hidup diorang..Cuba bayangkan jika kita di tempat mereka.. *ambil masa untuk berfikir .Gua tau mesti kita tak sanggup kan? So,kita jangan lupa untuk terus berdoa agar semuanya kita dapat tempuh bersama-sama.

     Dalam hidup kita sendiri pon mesti ada masalah..Ingat,setiap masalah yang datang mesti ade jalan penyelesaian..Gua jugak bersimpati kepada kawan gua sorang ni dan die jugak admin blog ni pasal ibunya yang tengah sakit.. Tak pe mari kita sama-sama doakan kesembuhan ibu dia.. (RILEKS BRO SEBAB KAMI KAWAN LU AKAN SENTIASA BERSAMA LU).. keep smile :).

     Gua rase masalah kawan gua ni lebih kurang sama je sebab mok ayoh gua pon ade penyakit jugak..Tapi gua masih bersyukur sebab mereka masih lagi sihat tapi hari-hari gua ade jugak rase tak sedap hati duk mikir pasal mok..Selalunya kalo die sakit kaki ke tangan ke gua la yang tolong urut kan..Tapi lepas masuk U ni x selalu dapat tolong urut macam dulu-dulu..Lagi-lagi sekarang ni dah lebih sebulan kot tak balik rumah..Rase rindu ni membuak-buak kat dieorang..Takpe lepas abis exam hari Jumaat ni gua ingat nak terus balik..Gua harap satu hari nanti gua dapat balas semua jasa dieorang..

     Setiap malam lepas solat Isyak gua selalu berdoa agar mereka dipanjangkan umur,dijauhkan daripada sebarang penyakit supaya dapat tengok gua berjaya nanti..Keluar jugak airmata ni tiap kali berdoa tu.. :'( Semalam ayoh ade call tanya bila balik sebab dah lama tak balik rumah,kat situ nampak die dah tak sabar tunggu aku balik..hehehe Terima kasih Ayoh atas kasih sayang yang diberikan..Saya anak ayoh pon sayang ayoh..

     Lepas pikir-pikir pasal sem lepas,nampak sangat gua banyak main-main sebab tu la sem ni gua macam rajin sikit.. *nak berubah demi dieorang.. Gua harap kerajinan sem ni akan bersambung ke sem-sem yang akan datang..

'Sayangilah orang yang menyayangi anda agar tidak menyesal di kemudian hari jika mereka dah tiada'

THAT'S ALL
THE END

-DAUS- ;)

 

MISTERI MH370

Seluruh negara, malah seluruh dunia gempar dengan kehilangan pesawat MH370 miik malaysia airlines (MAS) dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas. Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dikatakan hilang dari radar di Laut China Selatan di perairan Vietnam. Sejak tue,pelbagai usaha telah dijalannkan melibatkan 10 negara. Setakat ini para pengkaji telah membincangkan tentang kebarangkalian yg myebabkan kejadian ni berlaku, namun kesemuanya gagal memberikan jawapan yg pasti. Kebuntuan inilah yang  menjadikan peristiwa hilangnye pesawat mh370 sebagai satu misteri. Saya ingin menarik minat pembaca tentang beberapa senario yg terlalu byak blaku sehingga kite perlu ambil sikap yg benar dlam isu ini.

Pertamanye kita perlu memerhati laporan dan spekulasi dari media dan laman sosial, termasuk aplikasi smart phone yg melimpah ruah di alam maya. Even kerajaan byak kali bpesan agar jangan ambil peduli tentang berita tersebut tapi perkara ni tak dapat dibendung. Bahkan cerita dan spekulasi yg ditulis lebih menarik dan ricih. Dalam pada kerajaan mnyatakan tak de pape yg disembunyikan oleh mereka, ternyata terlalu byak perkara yg disembunyi oleh mereka, malah media sosial myebarkan dgan meluas di alam maya fakta yg tidak atau lambat dijelaskan oleh kerajaan. hal ini menambahkan lagi kepercayaan masyarakat terhadap media sosial dan mgalakkan pihak berkepentingan mdedahkan lebih banyak maklumat dan spekulasi yg akhirnye terpakse ditepis oleh kerajaan pada sidang akbar. Malah apabila digasak habis-habisan oleh wartawan. beberapa jawapan yg diberi kerajaan mengelirukan dari jawapan sblum ini, yg mnambahkan lagi persoalan sedia ada.

Kesimpulan mudah yg dpt kite petik drpd maklumat dan spekulasi media sosial ini adalah banyak pihak yang sebenarnya sudah tidak percaya dgan penjelasan kerajaan yg berikutan rekod kerajaan sebelum ni yg tidak telus dgan rakyat dalam hal-hal kecil mahupun besar. kita tertanya-tanye misteri kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM pade 2007 yg hanya terdedah lebih 2 tahun kemudiannye. Bagaimana pula dgan misteri kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang diletupkan dgan bom. Kemudian diikuti dgan hilangnye pnyiasat persendirian dalam kes tersebut, P.Balasubramaniam. Kematian Teoh Beng Hock di pejabat SPRM  shah alam pade 2009 masih misteri shinnga kini. Dua tahun kemudian, penolong pengarah kastam, Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati dalam bgunan yg sama. Dan yang terbaru kes pencerobohan Lahad Datu yg mgundang byak persoalan.

Namun begitu,dalam kghairahan byak pihak melaporkan berita dan spekulasi, sebagai muslim kita wajib ingat bahawa kita bertanggung jwb dgan ape yg kite sebarkan. Bagi org myebar berita tanpa ada asas dan faktanya sama ada dilakukan dgan niat baik atau jahat, pbuatan ni boleh terjerumus dalam dosa atas sbab pnipuan yg disebarkan. Manakala bagi penerima berita berhati-hatilah dgn berita yg diterima kerana khuatir orang yg myebarkannye adalah dari golongan fasik.

Di sebalik kita meminta dan mnerima bantuan dari pelbagai pihak dalam usaha mncari MH370, antara perkara yg harus dilihat campur tangan negara asing khususnya barat dan Amerika Syarikat. Ini kerana mereka adalah pasukan dari negara kuffar yg selama ni memusuhi islam dan umatnye. Dgan pghantaran kapal dan peralatan perang atas nama bantuan mncari dan myelamat , kita seharusnya mempersoalkan keikhlasan mereka di sini kerana selama ni mereka berapa byak kali mbunuh umat islam yg tidak berdosa di Afghanistan,Syria,Mesir,Palestin dan byak lagi, mlalui sokongan mereka kepada pmimpin negara-negara tersebut yg mnjadi ejen mereka,aneh, kenapa pula kali ni mereka beriya-iya myelamatkan org lain. apa yg penting kita mesti berhati-hati dengan campur tangan asing dan kita mgharapkan tidak wujud apa-apa konspirasi dlm kes ini.

Selain kita berusaha dan mndoa kan terbaik, kita juga mndapat menarik byak pgajaran dlm peristiwa kehilangan MH370.kita melihat kekuatan tentera dikerahkan dan perhatian seluruh dunia tertarik dgn usaha menyelamatkan mangsa sama ada hidup atau sudah mati. perkara ini adalah suatu tindakan yg patut dan wajar cuma alangkah baiknya kalau kekuatan yg dikerah ini juga dihantar bagi menyelamatkan umat islam yg kini secara nyata dibunuh dan dianiaya di Palestin,Afghanistan,Syria,Myanmar dan lain-lain.malah perkara ini adalah kwajipan yg sangat mndesak. Kita juga melihat bagaimana dunia boleh bergabung dgan bersungguh myelamat mangsa , namun dalam pada masa yg sama dunia hanya bdiam diri  mbiarkan ratusan ribu umat islam dibunuh dgan kejam di negeri bkenaan. Pengajarannya ialah walaubagaimana hebat dan canggih ilmu sains dan teknologi yg ada, namun kuasa Allah melebihi segala-galanya. Namun, jganlah kita berhenti berdoa mgharap pertolongan Allah tatkala berlakunya musibah yg kita tidak ada daya dan upaya utk selesaikannya. namun tatkala senang dan gembira, Allah dilupakan. Wallahu a'alam.....

                                                           -Presiden Qs-












Thursday, 13 February 2014

Kadang kadang, tak semua cerita
kita perlu cerita.
                                                                                                                             
Ada ketika, kita perlu
biarkan ianya rahsia.
                                                                                                                           
Iya, memang fitrah manusia itu
lemah. Tak bisa pikul semua sendiri.
Perlu diluah.

Tapi jangan lupa,
sebelum kita serahkan semua pada
manusia,
Kita punya Pencipta.

Kita datang dari Dia.
Dan beban kita juga ciptaanNya.

Maka,yang mana satu kita perlu
dahulu?
Tuhan,
Atau manusia yang hanya
mampu mendengar dan berkata sabar
sabar sabar?

Itulah kebanyakan orang kata,
ujian dan beban itu,salah satu anak panah
untuk kita hadapkan pada
dinding cinta Ilahi.

***

Engkau sangka dirimu beriman
sedangkan dirimu tidak teruji?


---

Apa yang ku mahukan ibuku sembuh kembali.


p/s ' tak boleh jawab test ni pon ujian dari Allah jugak ni,sabar.


                                                                    -Rep-
    




Tuesday, 28 January 2014

"Sabarlah kamu tidak keseorangan, Allah ada sedang melihat"

"Umi, kalau orang nak tukar dengan umi boleh tak ? Biar orang pulak sakit, umi sihat. Biar umi pulak boleh berjalan."

***

Umi ku terdiam.
Daripada matanya aku tahu yang ibuku sedang menahan air matanya daripada menitis.
Aku benar-benar ikhlas dengan kata-kataku. Aku tak sanggup melihat keadaan ibuku. Aku tak tahu macam mana ibuku nak menjalani kehidupan sehari-hari tanpa seseorang di sisi.

***

Terima kasih adik sebab sentiasa ada di samping umi.
Aku sebagai abang bersyukur dan salute sangat-sangat.

Kadang-kadang aku tefikir betapa tabahnya seorang budak perempuan 14 tahun ini.
Abang dan kakak tiada di samping untuk membantu.
Cuma harapkan hari cuti barulah ada sesetengah yang balik.
Kerja rumah, makan minum siapa lagi nak tolong uruskan.
Dan dia masih seorang budak. Masih memerlukan seseorang untuk diajar berdikari.

***

Ayahku masih bekerja dan dalam benak fikirannya banyak yang perlu difikirkan.
Ribuan ringgit ayahku usahakan dan habiskan untuk umi ku.
Dan dia masih tersenyum.

"Duit bukan segala-galanya"

Mungkin Allah masih nak uji ibuku sebab Allah sayangkannya.
Mungkin tak cukup ikhtiar kami untuk cari penawar buat ibuku.

"Allah ingin menduga kami"

Aku tahu itu.

Dan Allah memberi dugaan kepada makhluknya kerana Dia tahu hambaNya yang bertaqwa mampu menanggungnya.


***

Termenung seketika.

Cukup ke ibadatku selama ini ?
Cukup ke amalanku selama ini ?
Berapa banyak dosa aku telah buat selama ini ?
Masa senang aku ingat Allah ke ?

"Jangan merungut kalau Allah beri ujian. Itu tanda Allah sayang dan ingin kita sentiasa mengingatinya."


***


Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosaku yang lampau, yang kini dan yang akan datang, kau ampunkanlah dosa-dosa keluargaku. Kau ampunkanlah dosa-dosa ibu bapaku. Kau berikanlah kesembuhan kepada ibuku. Aku tak sanggup melihat ibuku sakit lagi Ya Allah.


Ameen..


Aku berlagak tabah di depan ibuku.


                                                             -Rep-

Sunday, 26 January 2014

MID SEM BREAK

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu..

   Alhamdulillah sempat lagi ni nak update blog ni.. Maklumlah time ni gua free sikit . Entry kali ni gua nak citer kat korang yang Universiti gua sekarang ni 'sem break'.. Yang gua tak puas hatinye seminggu je dieorang bagi cuti.. Haihhh.. So , gua akan gunekan time cuti sekarang nih dengan sebaik-baiknye.. Bile lagi dapat cuti macam ni kan ? Kalau korang budak U tau la ape maksud gua ni . Lepas naik cuti ni ade test pulak . Jadi gua akan pastikan mase main dengan mase study gua dapat dikawal .

   Perkara pertama lepas balik dari U ni mestilah nak jumpa dengan mak ayah kat rumah kan? Lepas tu nak jumpe kekawan yang lame dah tak lepak sesama . Ketiga mestilah nak jumpa awek bagi yang ade awek la .
Tapi macam gua ni single lagi.. Haihh... *cover malu* . Tapi ade jugak gua usha-usha awek dekat rumah gua ni . Kalau gua kan , gua terima je kalau ade awek yang jujur . hahaha.. Adesshhh jauh pulak citer pasal awek nye . Biase la duk mengupdate tengah malam gini memang otak bluurrr~ . Tapi bagi gua , gua nak study betul-betul & nak berjaya bile gua keluar daripada U ni .

   Biasenye kalau gua balik rumah , gua akan tepon kawan sekolah gua ajak lepak , main futsal , main bowling sekali . Sekali lepak memang best sebab boleh lepaskan stress kat U dengan gelak ngan dieorang . Gua boleh la lupekan assignment yang banyak nak dibuat lepas abis cuti ni buat seketika .

Ok la , tu je la nak citer . Bye2
#JanganLupaBelajarPandai

-DAUS- ;)

Friday, 17 January 2014

Sahabat Sejati

        Sahabat ? hmm, tetiba terdetik nak tulis pasal ni. Sebenarnya dah lama gua nak tulis pasal entry ni, baru kali ni dapat tulis pasal ni tu pon sebab ada sorang classmate gua buat perkongsian tentang sahabat ni. So, kali ni gua nak citer pasal sahabat.

        Sahabat dengan kawan tu sama ek ? Entahla, tapi bagi gua lah, mungkin seorang sahabat lebih rapat daripada seorang kawan kot. Erm, nevermind lahh. Tapi, yang penting ayat yang selalu disebut-sebut iaitu perlulah pandai memilih sahabat. Yelah, sebab seseorang sahabat itu akan mempengaruhi hampir 80% perbuatan dan sikap kita. Okay, yang 80% tu gua main hentam je tapi mungkin betul kot sebab gua pon alaminya. Sahabat adalah seorang yang senang mempengaruhi kita sama ada nak jadi seorang baik atau sebaliknya. Kalau dapat kawan yang baik, rajin solat In syaa Allah kita pon akan terikut dengan sikap dia. Sebab tu kita mestilah peka dalam memilih sahabat. 

        Apa sebenarnya maksud sahabat sejati ? Gua akui nak cari sahabat tu tak susah, tapi nak cari sahabat sejati itu susah. Sahabat sejati adalah seseorang yang sentiasa berada bersama kita masa susah dan senang. Memang ramai di kalangan sahabat kita masa senang je bersama, masa susah entah kemana. So, pandai-pandai korang judge sahabat korang yang mana yang fake yang mana yang ori. Sahabat ada beberapa jenis tau, jenis pertama depan kita baik, tapi kat belakang macam-macam mengata kita. Jenis kedua pulak depan nampak macam jahat, suka mengata tapi kat belakang kita sebaliknya. Gua jenis yang kedua kot, hahaha. Berlagak. 

        Bagi gua la, sahabat yang suka bergurau agak kasar sikit tu adalah sahabat sejati korang. Bila sesorang sahabat dah start begurau kasar maknanya dia dah makin rapat dengan anda. Tapi tu bagi gua la, lelaki. Mungkin lain bagi perempuan. Gua ada seorang kawan ni tau, dari darjah satu gua kawan dengan dia sampai sekarang gua still lepak dengan dia lagi. Kitorang cakap memang kasar-kasar jejarang je cakap lembut . Sampai sekarang kitorang still rapat macam dulu lagi walaupun sekarang kitorang belajar dekat ipt yang berbeza. Macam gua sejak dulu lagi, gua tak boleh nak tunjuk kasih sayang kat sahabat atau kawan. Tak tahu kenapa. Memang janggal gila kot. Haha. Lagi satu gua tak suka sahabat yang cepat touching atau merajuk. Tolonglah, gua memang tak boleh. Kalau pompuan takpela, haha. Masa kat sekolah menengah dulu, gua ada sorang kawan ni, memang rapat gila la. Buat benda baik sekali, buat benda jahat sekali.  Tapi, walaupun kitorang memang rapat, ada jugak la kekadang gua tak suka dengan perangai dia. Tapi, sebab dia sahabat gua, so gua buat rilek je. Takda nak touching-touching. Prinsip gua dengan sahabat-sahabat gua sejak sekolah lagi, kalau macam tak puas hati ke apa, bagi tahu depan-depan je. Takda makna nak merajuk. Baru la gentle. Kalau pompuan, diorang suka pendam sebab tu masalah tak selesai-selesai.

      Sejak gua masuk ipta ni, gua kenal ramai la jugak budak laki dan pompuan, tapi dalam masa tak sampai setahun ni gua dah kenal perangai sensorang terutama classmate gua sendiri. Adalah yang gua boleh masuk dan ada yang tak boleh masuk. Yang macam berlagak sikit tu, gua memang susah nak rapat dan gua malas nak rapat. Haha. So, engkorang pandai-pandailah nilai sahabat korang. Dah, setakat ni je penulisan gua untuk entry kali ni. Bertemu lagi di entry seterusnya. Chalo beteh.

Credit : Nana (classmate gua)
p/s : sahabat lagi penting dari awek. Ingat tu

                                                                      -Rep-

Wednesday, 15 January 2014

Salam Maulidur Rasul :)

Assalamualaikum w.b.t


     Untuk entry kali ni gua nak update pasal hari maulidur rasul. Gua sebenarnya malas nak menaip, so kat bawah gua sediakan sikit pasal tema Maulidur Rasul untuk tahun ini. Sumber :Akhbar Utusan Malaysia. Baca sampai habis tau. Kejap je.


MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI
Pengenalan
Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

 Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 
Keperibadian Terpuji

Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin. 

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".

Ketokohan 
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab  mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir
Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(al-ahzab 21).

Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia


p/s : busy busy jugak tapi selalulah berselawat kepada junjungan nabi kita Nabi Muhamad S.A.W. 


Tuesday, 14 January 2014

Kalau jadi polis memang kena berlagak ke ?

Assalamualaikum semua..

     Dah 2 hari rasanya gua tak update blog ni, maklumlah gua busy sikit sekarang ni, makin dekat dengan final exam makin banyak pulak assingment dan tutorial yang gua dapat. Sabar je lah. Kalau assingment pasal tulis-tulis, lukis-lukis tu takpe lagi tau, ni dah kena cari site la, tu la ni la. Hurm..gua sebenarnya tak kisah tapi money yang membuatkan gua kisah sikit. Dah la semua barang dah naik, tol naik, tambang lrt naik, makanan naik. Tapi dua tiga hari ni bising pasal kangkung turun, ada gua kesah ? Gua mana makan kangkung. Okay, gua malas nak ulas panjang pasal kangkung ni kang masuk bab politik susah nanti. Haha.

    Sebenarnya untuk entry kali ni gua nak citer pasal sesetengah polis yang agak berlagak ni. Hurmm..gua dah lama perhati sikap abang-abang polis ni. Bukan gua kata semua polis tu berlagak, cuma sesetengah je terutama yang muda-muda ni. Mungkin nak tunjuk kuasa tu gua tak tahu la. Tapi gua bukan tak hargai jasa-jasa mereka yang bertungkus-lumus demi menjaga keselamatan orang ramai, gua hargainya. Berterima kasih sangat-sangat tapi yang gua tak suka dan agak kecewa sikit dengan sesetengah polis ni. Cakap main lepas dan macam takda rasa hormat kat orang lain langsung. Kalau ada yang buat salah, apa salahnya tegur dengan cara baik-baik tak payah nak gertak-gertak kot.

    Petang tadi, gua dan beberapa kengkawan gua ada lah pergi keluar ke bandar KL ni nak siapkan kerja kitorang. Kitorang naik kereta ada seorang member perempuan gua ni. Tapi yang drive lelaki la, tak kan nak bagi pompuan drive kot, tak gentle lahh. Haha. Tapi bukan gua pon yang drive. Hihi. Yang first-first, kitorang dah kena saman dah sebab parking kereta merata-rata. rm250 kot. Kopak duit den. Tapi kalau kitorang bayar awal maybe dalam rm100 je tapi duit jugak tu. Ahhh, duit asyik keluar je bila ntah nak masuk. So, lepas tengok surat saman kat wiper depan kereta semua muka dah macam apa dah. Haha.

    Lepas tengok je surat saman tu, kitorang pon blah la dengan hati yang penuh duka lara dan berbelah bagi. Fuhhh..ayat.Power siot. Nak dijadikan cerita, masa tengah drive tu, member gua secara tak sengaja terlanggar lampu isyarat. Masa tu takda seorang daripada kitorang yang perasan lampu isyarat warna merah. Member gua drive straight je tanpa rasa bersalah. Betul lah pepatah ada mengatakan "Malang tidak berbau". Abang polis trafik dah follow kami dari belakang, lepastu datang sebelah suruh kitorang berhentikan kereta. Masa tu semua dah cuak, gua pon memang tak pakai seatbelt. Haha. So, member gua berhentikanlah kereta kat tepi. Pada mulanya nak je cabut terus, tapi bebudak pompuan kat belakang tak bagi so turutkan jelah cakap diorang.

   Abang polis yang umur dalam lingkungan 20an datang sebelah dan suruh driver iaitu member gua turun. "Kau tahu tak kau salah apa" tengking polis tu. Member gua dah cuak dah dan berdasarkan air mukanya memang cuak gila kot. Biasalah first time kena sapa tak cuak woi. Bebudak pompuan kat belakang dah bising dah. Biasalah pompuan, 'kalut' sikit. Gua jugak yang steady. Hahaha. Gua sebenarnya dah 3-4 kali kena dengan abang polis ni dan pernah sekali masuk mahkamah. Haha. Tapi, yang paling gua tak puas hati, cara polis tu bercakap la, bapak berlagak gila siot. Nak je aku pergi bagi penumbuk bagi hilang sikit berlagak tu. Lepas dekat 10 minit kena bebel, akhirnya polis tu lepas je member gua tu. Gua dah tahu dari awal polis tu nak gertak je sebab dia tahu kitorang masih student kan, tapi nak gertak pon agak-agak la. Sopan-santun tu memang dah tak ada la. Dan sebab sikap-sikap polis macam ni la gua memang tak boleh kalau jumpa polis, rasa semacam je. Haha. Tapi tak semua la, ramai je yang ok dan bertimbang rasa. Okay, dah la cukup setakat ni cerita gua. Ada masa gua update cerita baru. Bye. Assalamualaikum.

                                                               gambar hiasan
                                                     
p/s : kalau kena saman dengan polis cun macam ni, takdelah gua kisah sangat.


                                                                -Rep-


Monday, 13 January 2014

Test + Kuiz

Assalamualaikum w.b.t ..

    Kenal lagi tak gua ni sape? haha ni gua adwin yang paling lawak di antara admin-admin lain dalam blog ni..
Hari ni gua nak cerita pasal test dan kuiz yang dah gua tempuhi dengan semangat juang yang tinggi. Pergghhh ayat ntah ape-ape . Hari ni lect gua dah buat test & kuiz bagi subjek measurement . Subjek ni bagi gua susah la jugak tapi kalau paham betul sebenarnya subjek ni senang pastu ade member gua cakap subjek ni senang & seronok kalau paham betul-betul . Hah kat situ la baru gua sedar rugi tak belajar betul-betul mase sem 1 dulu . Tapi pegangan hidup gua yang lepas tak perlu dikenang kembali . betul tak ??
   
    Ni hah berbalik ape yang gua nak cerita pasal macam mane gua study & dapat jawab test tu . Sebenarnya gua ni jenis yang malas sikit nak study . Kalau nak study pon tak boleh melainkan kalau esok tu ade test . Baru la gua rajin nak study . Kalau study awal-awal pon lame-lame lupa balik biase la otak ni tak boleh nak simpan banyak-banyak sangat bende sebab memori dah full . Lawak tak ? Tak ekk ? Ok la macam biasa #hambar . Semalam pon gua tidur awal kot dalam pukul 10.30 p.m sebab nak bangun pagi-pagi bute nak study la katakan . Biasenye kalau study pagi-pagi ni mudah masuk tulah rajin nak bangun pagi . Kalau malam tu nak study memang tak la . Malas 1 hal pastu letih pulak sebab petang tu 'JOGGING' . Biaselah lemak badan ni makin hari makin banyak tu lah nak buang sikit .
 
    Ingatkan tido awal-awal nak bangun kul 3 a.m tapi terbabas sampai kul 6.30 a.m . Tu pon nasib baik bangun , dapat la study sikit-sikit . Kalau tak errmmm bungkus la jawab nye nak jawab test & kuiz tu . Nasib baik mase dalam kelas tu lepas dapat soalan dapat jawab dengan tenang . Harap-harap dapat markah yang baik-baik . Doakan admin tau !! Kalau ade orang nak bace ni . hahaha >>> ;) . Tapi korang jangan ikut cara gua study tau . Takut menyesal tak sudah . Ok lah sampai sini je la cerita gua kali ni nanti kalau ade masa lagi gua sambung dengan cerita lain . Chawww.. Bye2

p/s : Mase study tu jangan lupe bace doa dulu tau .

-DAUS- ;)

Sunday, 12 January 2014

Bersabarlah

        Aku menganggap kesabaran seperti sebuah singki. Air yang keluar dari paipnya adalah dugaan kehidupan. Besarnya kapasiti sinki bergantung kepada individu. Ada yang seluas tasik, ada yang setadah tapak tangan. Bila ada dugaan, sinki berisi air. Terpulang pada kita mahu keluarkan melalui saluran keluar air, atau tampungnya seumur hidup. Namun, seperti kesabaran, sinki juga ada hadnya. Jika kadar yang masuk melebihi yang keluar, lama-kelamaan sinki akan penuh dan melimpah. Melimpahnya dugaan bererti kesabaran tak dapat lagi menampung. Setiap kali aku mahu bersabar, aku hanya perlu bayangkan sinki air. Akan aku buka paipnya laju-laju. Akan aku lepaskan segala lesu. Lalu aku bayangkan sinki aku membesar. Membesar sebesar yang aku mahu. Kerana tiada siapa kata sinki aku tak boleh berubah kapasiti. Tiada siapa kata ianya hanya tiga kali. Kerana kesabaran semua orang memang ada hadnya. Namun hadnya kita yang tentukan sendiri.

                     

-B.A-

Friday, 10 January 2014

Susah ke nak berdakwah ?

Assalamualaikum engkorang semuaa..

     Jawab salam tu wajib korang semua tau kan. Ok, saja nak ingatkan korang. Haa..engkorang semua tengah buat ape tewww ?? Kalau petang-petang jumaat cenggini bagi gua memang take keje lain la selain 'membuta' dan buat 'najis mata'. Haha. Saje sebut 'najis mata' nampak lebih sopan sikit hikhik(gedik) .

      Di petang Jumaat yang penuh dengan barakah ni , terdetik kat hati gua nak cerita pasal dakwah. So, apa salahnya luangkan sedikit masa korang semua baca pasal ni. Okay, apa itu dakwah ?
Kalau sebut dakwah, orang mesti kaitkan dengan penceramah, ustaz dan orang-orang alim. Ok, ni gua nak kabor sikit. Sesiapa je boleh berdakwah dan tak semestinya perlu jadi seorang ustaz/ustazah baru boleh berdakwah. Senang citer ceggini, sebagai contoh ada lah sorang kawan korang punyalah susah nak bangun subuh, tapi korang yang kononnya selalu bangun awal (kononnya..haha) kejutkan dia untuk solat subuh.  Haa...itupun dah dikira sebagai satu dakwah. Dakwah ni merupakan "Amar Ma'ruf Nahi Munkar". Eh apa tu ?  Korang semua dah tau kan, "berpesan-pesanlah kepada kebaikan dan cegahlah segala kemungkaran". So, disini gua nak selitkan, tak susah sebenarnya nak berdakwah cuma atas diri sendiri, nak ke tak nak. Kat bawah gua ni ada sediakan satu video. Walaupun video tak sampai 3 minit tapi boleh membuat anda touching kot. So, SELAMAT MENONTON !


p/s : jangan takut untuk berdakwah tau :) chaiyok ihiks

                                                                         -Rep-

   

Aktiviti Harian

Assalamualaikum ...

  Dah lame rasenye tak update blog ni sebab yang update nye admin yang lain . Kali ni time gua pulak yang update . Mungkin sebelum ni tak de idea nak cakap tiba-tiba tadi baru datang idea . Ni semua sebab gua tengok kawan-kawan gua yang lain .

   Kali ni gua nak cerita pasal aktiviti gua dengan kawan-kawan gua tiap-tiap hari . Kalau gua tengok tiap-tiap hari mende yang nak buat same je . Kalau hari Isnin - Khamis ade kelas pagi sampai petang , petang tu balik hostel comfirm tido . Lepas tu nak maghrib baru la nak bangun . Apa nak jadi lah dengan budak-budak U sekarang ni . *gua pon terase jugak hati nih..hahah .

   Kalo tak pon mesti pergi jalan-jalan kat 'Mall' . Pergi 'Mall' pon tak lain tak bukan mesti nak pergi karaoke la , wayang la , bowling la , semua la . *banyak pulak la . tak lawak ke? ok #hambar . Gua pon ape lagi kalau ade orang ajak gua on je . Tapi gua ni jenis saving sikit . Biase la , budak U banyak mende nak kene buat dengan duit tu . hahah  'belagak' pulak rase . Gua pergi keluar pon nak lepas kan stress gua je lah sebab assignment memang belambak giler . Kalau senang tak pe ni bapak susah nye lah . Gua pon tak nak fikir sangat pasal tu sebab buat kepale otak gua makin serabut . Tapi kalau malam-malam ade member ajak keluar jogging pastu cakap 'serius talk' gua tau dah yang tu main-main . >> haha :) Tapi gua memang jenis yang malas nak exercise pon sebab tu la gua ni gemuk sikit . Mula-mula sebelum masuk U ni gua kurus macam ade member gua name die syakbe yang isi tak nampak langsung , tulang je ade . Kalau kene tumbuk dengan dia tercucuk tulang la jawabnye . haha :) . Tak de la tipu je saje nak wat lawak sikit walaupun tau ia agak #hambar .

   Gua rase sampai sini je kot untuk kali ni . InsyaAllah kalau panjang umur gua masuk kan citer baru pulak . Bye-bye .

p/s : Kalau petang tu tak de kelas lebih baik study daripada tidur .
              (nasihat ni untuk gua jugak)

-DAUS- ;)
   
  

Wednesday, 8 January 2014

Skandal Dalam Kelas


Assalamualaikum w.b.t.

     Hai engkorang semua . Engkorang semua sihat tak ? Yang rasa macam tak sihat tu, cepat-cepatlah pergi klinik, lepas tu jangan lupa mintak 'mc' tau, nanti boleh ponteng kelas. Haha. Erm, dah lama rasanya gua tak update blog ni. Rindu ni rindu. Gua sebagai admin paling hensem,kacak dan baik hati kat sini nak 'kabo' pasal entry menarik kali ni. "Skandal dalam kelas" haaa weewiitt..menarik ni. Hati gua terdetik nak tulis pasal entry kali ni sebenarnya setelah melihat gelagat 'bebudak' kelas gua sendiri.

    Seperti yang korang tau, kat U ni assingment dan task kebanyakannya perlu disiapkan dalam kumpulan. Tak macam kat sekolah dulu, homework yang cikgu bagi, buat sesorang pon boleh. Kalau dekat U ni memang tak la, mahu ternganga kalau buat sesorang. Lagi-lagi ada satu satu subjek dalam course gua ni. Measurement namanya.



 
                                                            gambar hiasan

       Okay, berbalik kepada tajuk entry gua tadi, skandal dalam kelas ni sebenarnya wujud disebabkan sorang je start, dan yang lain akan mula menokok tambah. Bak kata pepatah "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga". Haaa, sebenarnya pepatah tu takde kaitan pon dengan apa gua yang tulis sekarang ni, saje je nak bagi entry ni nampak macam panjang sikit. Haha. Selain tu, skandal di kalangan classmate ni juga mula wujud apabila bebudak yang bekerja dalam kumpulan tadi ada yang bermesra-mesraan. Ha, apa lagi memang jadi 'bahan' la dengan bebudak 'kaki bahan' ni (gua budak baik, tak suka bahan orang..ihiks). Kalau dalam kelas gua, memang majoritilah ada skandal masing-masing. Mungkin dalam banyak-banyak skandal tu, ada yang memang bercinta secara senyap-senyap. Sapa tahu kan. So, yang jenis simpan-simpan rahsia tu, jangan risau nanti akan terbongkar jua. Kakaka. Alahh, yang tak suka kena bahan pasal skandal diorang tu chill la. Mana la tahu, kot-kot jadi, gua jugak yag dapat makan 'nasi minyak' free. Seperti yang selalu disebut-sebut "Jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan". Sebenarnya benda ni secara tak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesama classmate. Gua tahu sebab gua alaminya. Macam gua, tiga tahun kot disini, belajar sama-sama, buat kerja sesama,selesaikan masalah sesama. So, segala susah senang dilalui bersama dan classmate kitalah yang selalu ada disamping kita. Wah, touching siot ayat gua. Terharu dengan ayat sendiri ni. Okay, cukup setakat ni lah tulisan gua untuk kali ni. Kalau ada cerita baru nanti gua 'kabo' kat engkorang semua. Bye.


                                                              gambar hiasan
                       
                                          ~SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA~

p/s : nak bahan kengkawan tu jangan teruk-teruk sangat nanti ada yang terasa susah.. peace :D


                                                                    -Rep-

Tuesday, 7 January 2014

AGM???

        Assalamualaikum semua.... ini merupakan entry pertama aku dalam blog ni. Setakat ni ada 3 org penulis termasuk aku yang telah menulis dlm blog ni. Jadi papepon aku mulakan dengan lafaz basmalah. Entry aku yang pertame ni aku nak cita serba-sedikit pasal AGM. Korang tau tak AGM tu ape? AGM tu singkatan untuk Annual General Meeting. Biasanya AGM ni untuk pilih MT-MT baru kelab. So pada petang jumaat lpas persatuan kos aku ada buat la AGM. So aku dan bebudak kos aku pon pergi la AGM ni. Time tu dah lah hujan, rase malas gile nak pegi. Bertempat di Dewan Jumaah Universiti aku, majlis start dalam kol 4 ptg cmtu. Dalam AGM ni MT-MT kenalah bentangkan belanjawan program-program yg diorang jalankan sepanjang tempoh pemerintahan diorang. Kesian gak aku tengok MT-MT ni nak menjawab soalan senior-senior tahun 3 yang pada aku boleh botak kepala nak menjawabnye.

           Selesai saje seisi pembentangan, calon-calon MT yang baru mengemukakan manifesto masing-masing utk meraih undi. So, lpas dorg dah penat bebel ngan manifesto diorg, proses pengundian terus dijalankan. Montaj lbih kurg 10 minit x silap aku ditayangkan sementara undi-undi tadi dikira utk menentukan MT-MT baru yg akan menerajui pentadbiran persatuan ni. Alhamdulilah, MT-MT baru telah dipilih dgn sebulat suara. Aziq telah dipilih sebagai presiden utk penggal 2014/15. Tahniah diucapkan kepada beliau. Exco-exco pula dilantik berdasarkan pengundian yg telah dilakukan lebih awal. Aku dilantik sebagai Exco Multimedia(HUH?). Selepas itu, jamuan ringan diadakan dan majlis tamat lebih kurang pukul 6.30 petang.






           Hmm...berbalik kepada cerita tadi, serious aku tak tahu kenape aku dipilih sbgai Exco Multimedia. Walaupon aku tau la skit-skit IT ni, tapi bhagian multimedia ni bukanlah kepakaran aku. Senang cerita nak bagi orang faham aku cakap macam ni. Dalam bidang kejuruteraan ada kejuruteraan awam, elektrik, elektronik, mekanikal, kimia dan macam2 lagi. Orang yang expert dalam civil engineering tak semestinya expert dalam chemical engineering, dan orang yang expert dalam electrical engineering, tak semestinya expert dalam bidang mechanical engineering. Sama seperti doktor, ada general doktor, doktor pakar mata, pakar tulang ortopedik, pakar bedah, pakar bius, pakar pediatrik, pakar neurologi saraf, pakar jantung dan lain2. Doktor mata tak semestinya expert dalam bidang tulang, dan doktor pediatrik tak semestinya expert dalam bidang sakit puan.

          Takat nak compare specs untuk beli komputer, upgrade RAM, troubleshoot, install software tu boleh la. Hakikatnya, aku bukanlah pandai pon buat design pakai Photoshop, buat animation guna Flash, edit video dan lain2.  Lagi-lagi nak update blog, twitter mmg rase malas yang amat sangattt!!! Suka tak suka, ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada aku. Jadi aku akan cuba melaksanakan tugasaku dengan sedaya upaya. Hahah. Stakat ni saje bebelan aku kali ni. Kalo rajin nanti aku post lagi.

-B.A-