Tuesday, 7 January 2014

AGM???

        Assalamualaikum semua.... ini merupakan entry pertama aku dalam blog ni. Setakat ni ada 3 org penulis termasuk aku yang telah menulis dlm blog ni. Jadi papepon aku mulakan dengan lafaz basmalah. Entry aku yang pertame ni aku nak cita serba-sedikit pasal AGM. Korang tau tak AGM tu ape? AGM tu singkatan untuk Annual General Meeting. Biasanya AGM ni untuk pilih MT-MT baru kelab. So pada petang jumaat lpas persatuan kos aku ada buat la AGM. So aku dan bebudak kos aku pon pergi la AGM ni. Time tu dah lah hujan, rase malas gile nak pegi. Bertempat di Dewan Jumaah Universiti aku, majlis start dalam kol 4 ptg cmtu. Dalam AGM ni MT-MT kenalah bentangkan belanjawan program-program yg diorang jalankan sepanjang tempoh pemerintahan diorang. Kesian gak aku tengok MT-MT ni nak menjawab soalan senior-senior tahun 3 yang pada aku boleh botak kepala nak menjawabnye.

           Selesai saje seisi pembentangan, calon-calon MT yang baru mengemukakan manifesto masing-masing utk meraih undi. So, lpas dorg dah penat bebel ngan manifesto diorg, proses pengundian terus dijalankan. Montaj lbih kurg 10 minit x silap aku ditayangkan sementara undi-undi tadi dikira utk menentukan MT-MT baru yg akan menerajui pentadbiran persatuan ni. Alhamdulilah, MT-MT baru telah dipilih dgn sebulat suara. Aziq telah dipilih sebagai presiden utk penggal 2014/15. Tahniah diucapkan kepada beliau. Exco-exco pula dilantik berdasarkan pengundian yg telah dilakukan lebih awal. Aku dilantik sebagai Exco Multimedia(HUH?). Selepas itu, jamuan ringan diadakan dan majlis tamat lebih kurang pukul 6.30 petang.






           Hmm...berbalik kepada cerita tadi, serious aku tak tahu kenape aku dipilih sbgai Exco Multimedia. Walaupon aku tau la skit-skit IT ni, tapi bhagian multimedia ni bukanlah kepakaran aku. Senang cerita nak bagi orang faham aku cakap macam ni. Dalam bidang kejuruteraan ada kejuruteraan awam, elektrik, elektronik, mekanikal, kimia dan macam2 lagi. Orang yang expert dalam civil engineering tak semestinya expert dalam chemical engineering, dan orang yang expert dalam electrical engineering, tak semestinya expert dalam bidang mechanical engineering. Sama seperti doktor, ada general doktor, doktor pakar mata, pakar tulang ortopedik, pakar bedah, pakar bius, pakar pediatrik, pakar neurologi saraf, pakar jantung dan lain2. Doktor mata tak semestinya expert dalam bidang tulang, dan doktor pediatrik tak semestinya expert dalam bidang sakit puan.

          Takat nak compare specs untuk beli komputer, upgrade RAM, troubleshoot, install software tu boleh la. Hakikatnya, aku bukanlah pandai pon buat design pakai Photoshop, buat animation guna Flash, edit video dan lain2.  Lagi-lagi nak update blog, twitter mmg rase malas yang amat sangattt!!! Suka tak suka, ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada aku. Jadi aku akan cuba melaksanakan tugasaku dengan sedaya upaya. Hahah. Stakat ni saje bebelan aku kali ni. Kalo rajin nanti aku post lagi.

-B.A-

No comments:

Post a Comment