Friday, 10 January 2014

Susah ke nak berdakwah ?

Assalamualaikum engkorang semuaa..

     Jawab salam tu wajib korang semua tau kan. Ok, saja nak ingatkan korang. Haa..engkorang semua tengah buat ape tewww ?? Kalau petang-petang jumaat cenggini bagi gua memang take keje lain la selain 'membuta' dan buat 'najis mata'. Haha. Saje sebut 'najis mata' nampak lebih sopan sikit hikhik(gedik) .

      Di petang Jumaat yang penuh dengan barakah ni , terdetik kat hati gua nak cerita pasal dakwah. So, apa salahnya luangkan sedikit masa korang semua baca pasal ni. Okay, apa itu dakwah ?
Kalau sebut dakwah, orang mesti kaitkan dengan penceramah, ustaz dan orang-orang alim. Ok, ni gua nak kabor sikit. Sesiapa je boleh berdakwah dan tak semestinya perlu jadi seorang ustaz/ustazah baru boleh berdakwah. Senang citer ceggini, sebagai contoh ada lah sorang kawan korang punyalah susah nak bangun subuh, tapi korang yang kononnya selalu bangun awal (kononnya..haha) kejutkan dia untuk solat subuh.  Haa...itupun dah dikira sebagai satu dakwah. Dakwah ni merupakan "Amar Ma'ruf Nahi Munkar". Eh apa tu ?  Korang semua dah tau kan, "berpesan-pesanlah kepada kebaikan dan cegahlah segala kemungkaran". So, disini gua nak selitkan, tak susah sebenarnya nak berdakwah cuma atas diri sendiri, nak ke tak nak. Kat bawah gua ni ada sediakan satu video. Walaupun video tak sampai 3 minit tapi boleh membuat anda touching kot. So, SELAMAT MENONTON !


p/s : jangan takut untuk berdakwah tau :) chaiyok ihiks

                                                                         -Rep-

   

No comments:

Post a Comment