Sahabat dengan kawan tu sama ek ? Entahla, tapi bagi gua lah, mungkin seorang sahabat lebih rapat daripada seorang kawan kot. Erm, nevermind lahh. Tapi, yang penting ayat yang selalu disebut-sebut iaitu perlulah pandai memilih sahabat. Yelah, sebab seseorang sahabat itu akan mempengaruhi hampir 80% perbuatan dan sikap kita. Okay, yang 80% tu gua main hentam je tapi mungkin betul kot sebab gua pon alaminya. Sahabat adalah seorang yang senang mempengaruhi kita sama ada nak jadi seorang baik atau sebaliknya. Kalau dapat kawan yang baik, rajin solat In syaa Allah kita pon akan terikut dengan sikap dia. Sebab tu kita mestilah peka dalam memilih sahabat.
Apa sebenarnya maksud sahabat sejati ? Gua akui nak cari sahabat tu tak susah, tapi nak cari sahabat sejati itu susah. Sahabat sejati adalah seseorang yang sentiasa berada bersama kita masa susah dan senang. Memang ramai di kalangan sahabat kita masa senang je bersama, masa susah entah kemana. So, pandai-pandai korang judge sahabat korang yang mana yang fake yang mana yang ori. Sahabat ada beberapa jenis tau, jenis pertama depan kita baik, tapi kat belakang macam-macam mengata kita. Jenis kedua pulak depan nampak macam jahat, suka mengata tapi kat belakang kita sebaliknya. Gua jenis yang kedua kot, hahaha. Berlagak.
Bagi gua la, sahabat yang suka bergurau agak kasar sikit tu adalah sahabat sejati korang. Bila sesorang sahabat dah start begurau kasar maknanya dia dah makin rapat dengan anda. Tapi tu bagi gua la, lelaki. Mungkin lain bagi perempuan. Gua ada seorang kawan ni tau, dari darjah satu gua kawan dengan dia sampai sekarang gua still lepak dengan dia lagi. Kitorang cakap memang kasar-kasar jejarang je cakap lembut . Sampai sekarang kitorang still rapat macam dulu lagi walaupun sekarang kitorang belajar dekat ipt yang berbeza. Macam gua sejak dulu lagi, gua tak boleh nak tunjuk kasih sayang kat sahabat atau kawan. Tak tahu kenapa. Memang janggal gila kot. Haha. Lagi satu gua tak suka sahabat yang cepat touching atau merajuk. Tolonglah, gua memang tak boleh. Kalau pompuan takpela, haha. Masa kat sekolah menengah dulu, gua ada sorang kawan ni, memang rapat gila la. Buat benda baik sekali, buat benda jahat sekali. Tapi, walaupun kitorang memang rapat, ada jugak la kekadang gua tak suka dengan perangai dia. Tapi, sebab dia sahabat gua, so gua buat rilek je. Takda nak touching-touching. Prinsip gua dengan sahabat-sahabat gua sejak sekolah lagi, kalau macam tak puas hati ke apa, bagi tahu depan-depan je. Takda makna nak merajuk. Baru la gentle. Kalau pompuan, diorang suka pendam sebab tu masalah tak selesai-selesai.
Sejak gua masuk ipta ni, gua kenal ramai la jugak budak laki dan pompuan, tapi dalam masa tak sampai setahun ni gua dah kenal perangai sensorang terutama classmate gua sendiri. Adalah yang gua boleh masuk dan ada yang tak boleh masuk. Yang macam berlagak sikit tu, gua memang susah nak rapat dan gua malas nak rapat. Haha. So, engkorang pandai-pandailah nilai sahabat korang. Dah, setakat ni je penulisan gua untuk entry kali ni. Bertemu lagi di entry seterusnya. Chalo beteh.
Credit : Nana (classmate gua)
p/s : sahabat lagi penting dari awek. Ingat tu
-Rep-
Sejak gua masuk ipta ni, gua kenal ramai la jugak budak laki dan pompuan, tapi dalam masa tak sampai setahun ni gua dah kenal perangai sensorang terutama classmate gua sendiri. Adalah yang gua boleh masuk dan ada yang tak boleh masuk. Yang macam berlagak sikit tu, gua memang susah nak rapat dan gua malas nak rapat. Haha. So, engkorang pandai-pandailah nilai sahabat korang. Dah, setakat ni je penulisan gua untuk entry kali ni. Bertemu lagi di entry seterusnya. Chalo beteh.
Credit : Nana (classmate gua)
p/s : sahabat lagi penting dari awek. Ingat tu
-Rep-
No comments:
Post a Comment