Assalamualaikum w.b.t ...
Ehemm..pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2014 dah kita sekarang. "eh, kejapnya masa berlalu" ayat tulah yang selalu kita dengar. Biasalah, orang kata dunia dah nak kiamat kan. Eh betul ke ? Wallahuahlam..So, yang terasa macam banyak dosa tu berhenti la yer, insaf-insaf la sikit hahaha. (juga pesan untuk diri sendiri..hehe).
Untuk entry kali ini gua nak selitkan sikit cerita pasal kehidupan 'bebudak U'. Kebetulan gua ni memang masih belajar kat U so, bolehla gua ceritakan serba sedikit tentang 'Life as a University Student' (amboi..speaking lagi). Haaa...gini ceritanyaa jeng jeng jeng..(ok tak lawak). Sebenarnya, jadi student kat U ni ada bestnya dan ada yang tak bestnya. Tapi gua rasa lebih best daripada jadi student kat sekolah dulu kot..hehe..
Perkara best jadi student U, emmm ape ek ? Mungkin kat sini lebih bebas kot, bebas pakai baju apa untuk ke kuliah, boleh bangun lewat (yang ni gua paling suka) , bebas keluar masuk dari kolej , tak dikongkong oleh guru dan warden (macam sekolah dulu),boleh lepak dengan kawan-kawan, futsal, main pes, saidina, daun terup. Memang banyak kalau nak senaraikan. Bebas merokok..eh jangan jangan ! Jangan sesekali ada niat nak 'try' merokok tau. Yang memang dah lama merokok tu emmm..Okay, tukar topik lain.
Apa yang tak best jadi student U ni ? Gua rasa satu je. ASSINGMENT BERLAMBAK. Haaa, sebenarnya masa gua tengah update entry ni kerja masih banyak tak siap lagi ni hahaha. Tapi, gua luangkan sedikit masa nak update blog ni. Sebenarnya, assingment berlambak ke tak ni sebab lecturer dan sebab kos yang korang pilih, macam gua ni memang tak boleh lari dari assingment yang berlambak sebab gua amik kos... emmm adalah haha. So, bagi bebudak U, tidur pukul 2-3 pagi tu normal la, tersangat normal. Haha. Tak yah risau, nanti nak pergi kelas, adalah member yang bangun awal tolong kejutkan (kalau dia nak kejutkan..haha)
Haaa, ni lagi satu gua nak 'kabor' pasal budak U ni iaitu kes 'bercinta'..eh, sensitif la tajuk ni. Gua malas nak ulas secara terperinci. Haha. Tapi azam gua, gua dah malas nak terjebak dalam kes percintaan ni..hamboii ayatt kalah aaron aziz ni hahaha..so yang tengah bercinta tu, gua nak nasihat ni, jangan sesekali lebihkan pakwe/makwe korang lebih daripada ibu bapa yer. Ingat tau ! Sekali sekala dengarlah nasihat gua ni, Hehe,
Erm, sebenarnya banyak lagi gua nak cerita ni, tapi kalau nak cerita semua petang esok belum tentu habis ni. So, setakat ni jelah entry gua untuk kali ini. Ada masa gua update lagi. Chiawww ... Peace :D
p/s : dah pukul 3.30 pagi.. harap-harap bangunlah nak pergi kelas esok ni ..
-Rep-
No comments:
Post a Comment