***
Umi ku terdiam.
Daripada matanya aku tahu yang ibuku sedang menahan air matanya daripada menitis.
Aku benar-benar ikhlas dengan kata-kataku. Aku tak sanggup melihat keadaan ibuku. Aku tak tahu macam mana ibuku nak menjalani kehidupan sehari-hari tanpa seseorang di sisi.
***
Terima kasih adik sebab sentiasa ada di samping umi.
Aku sebagai abang bersyukur dan salute sangat-sangat.
Kadang-kadang aku tefikir betapa tabahnya seorang budak perempuan 14 tahun ini.
Abang dan kakak tiada di samping untuk membantu.
Cuma harapkan hari cuti barulah ada sesetengah yang balik.
Kerja rumah, makan minum siapa lagi nak tolong uruskan.
Dan dia masih seorang budak. Masih memerlukan seseorang untuk diajar berdikari.
***
Ayahku masih bekerja dan dalam benak fikirannya banyak yang perlu difikirkan.
Ribuan ringgit ayahku usahakan dan habiskan untuk umi ku.
Dan dia masih tersenyum.
"Duit bukan segala-galanya"
Mungkin tak cukup ikhtiar kami untuk cari penawar buat ibuku.
"Allah ingin menduga kami"
Aku tahu itu.
Dan Allah memberi dugaan kepada makhluknya kerana Dia tahu hambaNya yang bertaqwa mampu menanggungnya.
***
Termenung seketika.
Cukup ke ibadatku selama ini ?
Cukup ke amalanku selama ini ?
Berapa banyak dosa aku telah buat selama ini ?
Masa senang aku ingat Allah ke ?
"Jangan merungut kalau Allah beri ujian. Itu tanda Allah sayang dan ingin kita sentiasa mengingatinya."
***
Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosaku yang lampau, yang kini dan yang akan datang, kau ampunkanlah dosa-dosa keluargaku. Kau ampunkanlah dosa-dosa ibu bapaku. Kau berikanlah kesembuhan kepada ibuku. Aku tak sanggup melihat ibuku sakit lagi Ya Allah.
Ameen..
Aku berlagak tabah di depan ibuku.
-Rep-
No comments:
Post a Comment