Hai engkorang semua . Engkorang semua sihat tak ? Yang rasa macam tak sihat tu, cepat-cepatlah pergi klinik, lepas tu jangan lupa mintak 'mc' tau, nanti boleh ponteng kelas. Haha. Erm, dah lama rasanya gua tak update blog ni. Rindu ni rindu. Gua sebagai admin paling hensem,kacak dan baik hati kat sini nak 'kabo' pasal entry menarik kali ni. "Skandal dalam kelas" haaa weewiitt..menarik ni. Hati gua terdetik nak tulis pasal entry kali ni sebenarnya setelah melihat gelagat 'bebudak' kelas gua sendiri.
Seperti yang korang tau, kat U ni assingment dan task kebanyakannya perlu disiapkan dalam kumpulan. Tak macam kat sekolah dulu, homework yang cikgu bagi, buat sesorang pon boleh. Kalau dekat U ni memang tak la, mahu ternganga kalau buat sesorang. Lagi-lagi ada satu satu subjek dalam course gua ni. Measurement namanya.
gambar hiasan
Okay, berbalik kepada tajuk entry gua tadi, skandal dalam kelas ni sebenarnya wujud disebabkan sorang je start, dan yang lain akan mula menokok tambah. Bak kata pepatah "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga". Haaa, sebenarnya pepatah tu takde kaitan pon dengan apa gua yang tulis sekarang ni, saje je nak bagi entry ni nampak macam panjang sikit. Haha. Selain tu, skandal di kalangan classmate ni juga mula wujud apabila bebudak yang bekerja dalam kumpulan tadi ada yang bermesra-mesraan. Ha, apa lagi memang jadi 'bahan' la dengan bebudak 'kaki bahan' ni (gua budak baik, tak suka bahan orang..ihiks). Kalau dalam kelas gua, memang majoritilah ada skandal masing-masing. Mungkin dalam banyak-banyak skandal tu, ada yang memang bercinta secara senyap-senyap. Sapa tahu kan. So, yang jenis simpan-simpan rahsia tu, jangan risau nanti akan terbongkar jua. Kakaka. Alahh, yang tak suka kena bahan pasal skandal diorang tu chill la. Mana la tahu, kot-kot jadi, gua jugak yag dapat makan 'nasi minyak' free. Seperti yang selalu disebut-sebut "Jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan". Sebenarnya benda ni secara tak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesama classmate. Gua tahu sebab gua alaminya. Macam gua, tiga tahun kot disini, belajar sama-sama, buat kerja sesama,selesaikan masalah sesama. So, segala susah senang dilalui bersama dan classmate kitalah yang selalu ada disamping kita. Wah, touching siot ayat gua. Terharu dengan ayat sendiri ni. Okay, cukup setakat ni lah tulisan gua untuk kali ni. Kalau ada cerita baru nanti gua 'kabo' kat engkorang semua. Bye.
gambar hiasan
~SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA~
p/s : nak bahan kengkawan tu jangan teruk-teruk sangat nanti ada yang terasa susah.. peace :D
-Rep-
No comments:
Post a Comment