Aku menganggap kesabaran seperti sebuah singki. Air yang keluar dari paipnya adalah dugaan kehidupan. Besarnya kapasiti sinki bergantung kepada individu. Ada yang seluas tasik, ada yang setadah tapak tangan. Bila ada dugaan, sinki berisi air. Terpulang pada kita mahu keluarkan melalui saluran keluar air, atau tampungnya seumur hidup. Namun, seperti kesabaran, sinki juga ada hadnya. Jika kadar yang masuk melebihi yang keluar, lama-kelamaan sinki akan penuh dan melimpah. Melimpahnya dugaan bererti kesabaran tak dapat lagi menampung. Setiap kali aku mahu bersabar, aku hanya perlu bayangkan sinki air. Akan aku buka paipnya laju-laju. Akan aku lepaskan segala lesu. Lalu aku bayangkan sinki aku membesar. Membesar sebesar yang aku mahu. Kerana tiada siapa kata sinki aku tak boleh berubah kapasiti. Tiada siapa kata ianya hanya tiga kali. Kerana kesabaran semua orang memang ada hadnya. Namun hadnya kita yang tentukan sendiri.
No comments:
Post a Comment