Assalamualaikum kepada para pembaca yang disayangi hehe..
First sekali gua ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana rahmatNya gua berpeluang untuk update entry kali ni. Haa, untuk entry kali ni gua nak 'kabor' pasal syiah-syiah di Malaysia. Korang tau tak ape tu syiah ? Ha ? Tak tahu ? Yang tak tahu tu cer amik masa kejap baca ni http://ms.wikipedia.org/wiki/Syiah . Okay, untuk pengetahuan korang ajaran syiah dah banyak tersebar kat Malaysia ni, fuhhh seram 'den', boleh terpesong akidah tu kalau terikut dengan ajaran sesat ni. So, korang kat luar sana tu gua sarankan hati-hati la ek, jangan sampai terjebak dengan syiah ni. Bukan apa, gua ni memang prihatin orangnya. Haha.
Pasal syiah ni gua ada satu 'story-mory' nak citer kat korang ni. Pada suatu malam, cehh 'abang usrah' gua yang beza umur setahun je pon dengan gua haha, ajak gua dengan beberapa orang lagi kawan buat macam perkongsian ilmu/usrah kat surau kolej gua ni. Untuk pengetahuan korang, gua ni 'alim' orangnya hehe. Awek-awek kat luar sana tu kalau nak cari pakwe tu carilah yang macam gua ek haha. Dah lari topik ni haha. Okay, gua sambung cerita tadi, 'abang usrah' tadi janji dengan kitorang nak buat usrah ni dalam pukul 9 malam kebetulan masa tu hujung minggu, assingment berlambak tapi hujung minggu kan, assingment tolak ke tepi dahulu haha. So, dalam pukul 8.50 malam kitorang dah terpacak kat surau, awal 10 minit tu. Yelah anak murid kena mendahului guru gitu haha. Sementara menunggu 'abang usrah' tu kitorang sembang-sembang kosong dahulu. Tiba-tiba ada sorang member gua tersebut pasal syiah, so topik perbualan kitorang mejurus kepada syiah haa ada lah jugak topik untuk dibualkan.
Semasa kitorang tengah rancak berbual pasal syiah, ada member gua 'kabor' kat U kitorang ni nak kata ramai tu tak jugak, tapi segelintirlah yang mengikuti ajaran syiah. Tapi kebanyakan 'foreigner' la sebab U kitorang ni International kan(sebut dengan muka berlagak..haha) so, ramailah foreigner yang belajar kat sini. Member gua bagitahu yang penganut-penganut syiah ni biasanya datang ke surau dalam pukul 8 pagi dan antara 9 malam hingga 10 malam. So, gua dah 'eksaited' nak tengok macam mana orang syiah ni solat. Tunggu punya tunggu, akhirnya ada sorang 'pak arab' ni yang memang nampak mencurigakan dan kitorang syak yang dia salah seorang penganut syiah. So, kami perhati jelah tingkah laku dia Hmm..tekaan kitorang tepat, masa dia nak solat tu, dia ada keluarkan sebiji batu warna hitam. Batu hitam tu dia letak kat tempat dia nak sujud 'then' terus solat. Dia solat memang laju dan kitorang tak sempat nak kira tapi mungkin lebih dari 10 rakaat kot. Yang penting dia macam tak baca apa apa sebab rukuk, sujud berdiri dalam 2 saat je, fuhh memang laju. Kalau korang tengok dia solat hm memang pelik la dan jauh terpesong daripada ajaran Islam. Dalam 3-4 minit macam tu dia pon siap solat dan simpan balik batu hitam tadi dalam poketnya dan 'blah' macam tu je. So, disini gua ingin nasihat kat korang semua janganlah sesekali terikut dengan ajaran syiah ni terutama 'bebudak U', hati-hati tau >,< peace.
p/s : nasib baik syiah yang gua jumpa tu 'pak arab' , kalau melayu nak je gua 'ceramahkan' haha.
-Rep-
syiahhh
ReplyDelete