"Hm nampaknya dah bersawang dah blog ni sebab lama tak update" <---clishe kan ayat ni. Biarla aku nak tulis jugak. K. Tengok entry pon dah tahu aku nak tulis pasal apa kann. kann. Jadi, aku malas nak merapu pepanjang. Ok, kita terus proceed dengan resipi ala ala macam best padahal tak best mana pon. Hm but worth a try kot.
Bismillahhirahmanirrahim...
Resipi Red Velvet
First step betulkan niat dulu aokme aokme semua barula kek tak sedap pon boleh jadi sedap. Haha.
Kat bawah ni aku senaraikan bahan bahan yg diperlukan. Ada bahan a, bahan b, bahan c dan bahan d. Nanti uolssss(gedik) tgk ah sndiri kat bawah nanti (bahan bahan ni aku rujuk dekat internet jugak)
Bahan A - Untuk diayak bersama.
250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder
Bahan B -campur dan kacau sebati.
240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah
Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.
Bahan C -
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
Bahan D -
1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda
Topping - Cream Cheese Frosting.
227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream
Bahan A,B,C, dan D ni korang just prepare awal awal secara berasingan. Bukan apa senang sikit korang nak campak campak dalam adunan nanti takdelah kelam kabut sangat. Dengarlah cakap aku. Aku cakap ni berdasarkan experience. Ceh experience konon kah! .
Oklah, first korang start dengan bahan C. Pukul 113gm butter selama 2 hingga 3 minit. Kalau dalam 3 minit butter tak kembang kembang lagi pukul lagi sekuat hati(bayangkan org yg anda benci sambil pukul butter kahkah).
Seterusnya, masukkan gula kastor dan pukul lagi selama 3 minit atau lebih. Jangan pukul lelama sangat. Kesian dia nanti nak pukul lagi lepas ni.
Next, masukkan telur gred A satu persatu. Satu persatu tau. tau. Cenggini haa, pecahkan sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian, pecahkan satu biji lagi. Pukul dalam tiga minit.
Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.
(Okay bahagian ni korang baca bebetul takut tak paham)
Sekarang masukkan bahan A dan bahan B secara BERSELANG SELI. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung jugak. Campurkan sambil pukul dengan lemah gemalai dan sopan santun macam saya :') . Haha.
Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda). Sebenarnya masa aku buat haritu, aku silap campur cuka dengan baking powder tapi menjadi jugak haha.. Nanti bila korang campur 2 bahan ni ia akan mengeluarkan bunyi berdesir. Tunggu sampai ia berhenti mengeluarkan bunyi berdesir tu. Lepastu tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9inci sebanyak 2 bekas . Ukuran standard la tu. Loyang yang korang biasa guna buat kek tu ha. Ha yang tu la. Kalau loyang korang besar guna satu cukup la tapi korang kena mmberanikan diri nak potong kek nanti sebab nak buat 2 atau 3 lapisan. Macam aku sebab beginner lagi dalam baking kek ni aku buat satu lapis je(sebab tak berani nak potong pon ada takut kek hancur haha). Korang try la yg 2, 3 lapis tu.
Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Kalau kek aku dalam 45 minit kot baru masak pasal suhu oven tu aku main agak agak je. Nanti korang try cucuk cucuk la kek tu dengan garpuu nak test kek tu cukup masak ke tak.
Lepas tutup suhu oven, aku biarkan kek tu kat dalam oven dalam 15 minit. Biar sejuk dulu sikit. Apa ni nak gopoh gopoh. Rilek.
Keluarkan kek dari oven then tunggu biar kek tu sejuk sikit barulah keluarkan ia dari loyang.
Sementara menunggu kek tu sejuk. Jom kita buat topping cream cheese.
Cara-cara membuat topping cream cheese :
Pukul cream cheese dengan mascarphone sehingga kedua-duanya kembang. Mascarphone tu susah sikit nak cari. Kalau tak masukkan pon takpe.
Korang terus proceed masukkan esen vanilla dengan gula ising. Putar sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama 2 minit sehingga adunan kelihatan pekat untuk dihias.
Gabungan bahan-bahan ni la sebenarnya yang buat kek ni jadi sedap. Percayalah tak tipu ni.
Cara-cara menghias topping cream cheese :
Sekiranya korang rajin dan mempunyai tahap keberanian yang tinggi untuk potong kek, potong lah kepada 3 atau 4 lapisan. Macam aku satu lapis sebab kurang keberanian. Amboi. Next time la pulak nak banyak banyak lapis. Kehkeh,
Kalau kek korang 2,3 lapis tu di setiap lapisan tu sapukan topping cream cheese. Secara berhati-hati ya :)
Okay, sila tuang kesabaran yang tinggi masa nak menghias pada bahagian atas. Masa ni lah nak tahu korang ni memang dilahirkan untuk membuat kek ke tak hahaha. ayatt. Macam aku sebab takda spatula aku pakai pisau je masa sapu topping cream cheese tu. pasai apa? pasai aku genius. Haha. Nak guna sudu pon boleh, takda masalah.
Dah siap semua. Masukkan dalam peti ais kerana kek lebih enak dimakan ketika sejuk. Kalau tak nyabo sangat tak payah pon takpa. Makan je teruss. Haha.
Ni gua belanja sikit gambo kek yg tk berapa mnjadi sangat haha. First time kot kehkeh.
-Rep-
No comments:
Post a Comment