BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Pernah dengar syarat kemasukan ke mana-mana jabatan swasta, jabatan kerajaan, sekolah dan institusi pengajian tinggi atau syarat kelulusan mendapatkan kemudahan dari institusi kewangan seperti ini...
"Solat subuh berjemaah (termasuk solat fardhu lain) selama 6 bulan yang disahkan oleh ahli qaryah masjid."
Sujud syukur tentera Al-Qassam
Tak pernah kan? Inilah syarat utama generasi muda perindu Syahid untuk menyertai sayap elit tentera Hamas. Pasukan khas intifada pembebasan Palestin yang begitu digeruni oleh tentera Israel ini dikenali sebagai Bridged al-Qassam. Al-Qassam adalah diambil bersempena nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, tokoh pejuang dari Syria yang terkorban syahid di Ya'bad, Palestin pada tahun 1935.
Syarat yang sangat istimewa kan? Terfikir di benak, alangkah indah sekiranya syarat ini turut diaplikasikan pada pasukan keselamatan dan pertahanan negara kita seperti tentera dan polis. Pasti ada perbezaan yang lebih ketara pada 'roh' mereka sekiranya solat dijadikan tunjang kekuatan. Sebagaimana kata Naib Presiden Ikhwanul Muslimeen, Umar al-Khattab pernah berpesan, "Allah beri kemenangan kepada kita mengikut sejauh mana patuhnya kita kepada Allah, dan berapa jauhnya pula kita terhadap maksiat kepada Allah". Dengan kata lain, apabila polis dan tentera menjaga hubungan dengan Allah, sudah pasti pasukan keselamatan atau pertahanan negara akan bebas dari rasuah atau salah guna kuasa dalam menjalankan tugas. Selanjutnya mereka akan sukar dipengaruhi oleh mana-mana kuasa sehingga kemuncaknya tidak akan akur kepada kemaksiatan segelintir pemimpin.
Malahan, konsep ini juga boleh diperluaskan lagi. Mungkin syarat sebegini boleh diaplikasikan pada bakal mahasiswa-mahasiswi, sebagai syarat utama kemasukan universiti. Barulah universiti dapat menjana mahasiswa yang berkualiti secara holistik. Sekaligus mengatasi masalah gejala sosial di IPT yang tidak terkawal dewasa ini. Mahasiswa yang solat, insyaAllah melahirkan mahasiswa yang berjaya dunia dan akhirat. Begitu juga syarat utama untuk menyandang jawatan penting di organisasi. Syarat ini juga termasuklah bagi kelayakan mendapatkan kelulusan pembiayaan atau kemudahan yang ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan, koperasi, dan badan swasta. Sudah pasti organisasi seperti IPT, jabatan kerajaan, koperasi dan badan swasta akan menjaga hubungan baik dengan qaryah masjid kerana ahli qaryah merupakan orang yang berkepentingan dalam mengesahkan kualiti calon. Lebih menarik, solat dan ibadat yang dijalankan bukanlah berkepentingan peribadi melainkan bertunjangkan redha Allah SWT semata-mata.
Berbalik kepada tentera elit Bridged Izzudin al-Qassam, pasukan ini dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. Mereka bukan sahaja memiliki disiplin yang tinggi, bahkan mujahidin yang ingin berjuang atas panji al-Qassam perlulah memenuhi ciri-ciri berikut:
- 1 Menjaga solat 5 waktu secara berjemaah
- 2 Gigih berpegang dengan ajaran Islam
- 3 Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
- 4 Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin
- 5 . Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
- 6 Mencintai dan bersedia Syahid
Itulah kunci kekuatan dan kehebatan sayap Hamas ini. Semangat juang yang tinggi untuk menjadi syuhada menjadi tunjang kekuatan Bridged al-Qassam.
Sejarah peperangan Islam telah mengajarkan kita banyak perkara berkaitan peperangan…
Suatu hari, panglima pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq meminta Sayyidina Abu Bakar menghantar bantuan tentera sebanyak 4000 orang. Tetapi, khalifah Abu Bakar menghantar hanya 4 orang sahaja. Kemudian, Amirul Mukminin itu menyelitkan surat yang memberitahu nama-nama pahlawan yang dihantarnya. Beliau menyatakan setiap seorang pahlawan itu sama kekuatannya dengan 1000 orang pahlawan. Maka, 4 pahlawan sudah menyamai 4000 orang.
Sayyidina Umar juga berkata, “Aku tidak takut terhadap berapa musuh yang ada dihadapanku, tetapi aku takut terhadap dosa-dosa yang melekat dalam hati aku..”
Selanjutnya, Abdullah bin Rawahah berkata, “Amal soleh kamu yang membawa kamu bertemu dengan musuh musuhmu bukannya senjata-senjatamu yang memberi peranan.”
Keadaan ini menjadikan tentera Islam sentiasa merasa ma’iyyah (merasakan Allah sentiasa bersama) dan perasaan inilah menjadikan mereka kuat, lalu merasakan perkara sulit menjadi mudah dan musuh-musuh Islam berasa takut dengan mereka.
Jelas bantuan Allah telah sampai. Allah menurunkan MALAIKAT berjuang bersama golongan mukminin sebagaimana firman Allah, “Sesungguhnya bukanlah kamu yang melontarkannya (menyerang atau memanah) tetapi Allah yang melontarkannya (kepada musuh)” mengesahkan kualiti calon. Lebih menarik, solat dan ibadat yang dijalankan bukanlah berkepentingan peribadi melainkan bertunjangkan redha Allah SWT semata-mata.
"Sesungguhnya Solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (surah An-Nisa: Ayat 103)"
-DAUS- ;)
No comments:
Post a Comment