Kekadang fikiranku melayang melayang. Aku tak tahu apa yang sedang difikirkan sebenarnya. Mungkin tengah stress dengan final exam kot. Mungkinlah. Maklumlah sem ni yang AGAK mencabar daripada sem sem sebelum ini.
Tapi, tujuan sebenar aku menulis entry ini adalah untuk mengungkapkan apa yang dialami oleh seorang penuntut uni seperti aku dan sahabat sahabat yang lain. To be honest, banyak benda yang aku belajar dari pengalaman hidup sebagai seorang yang masih mentah dalam hal hal dunia. Tapi biasalah bro, pengalaman mendewasakan kita. Bak kata pepatah omputih "Experience is the best teacher". Fuhh Omputih siot.
Sepanjang aku hidup jauh dari ibu bapa, banyak perkara yang aku belajar dan mengerti dan aku cukup yakin kawan kawanku juga mengalami perkara yang sama. Meskipun ada yang sampai menangis (esp girl, biasala hati tisu hehehe).
"Kenapa aku perlu belajar benda alah ni"
"Asal susah sangat benda ni"
"Menyesalnya aku"
"Aku sedih :("
Hahaha. Biasalah tu.
Kekadang aku tersenyum melihat gelagat teman teman. Ada yang menangis sebab pelajaran. Ha yang itu ok la. Ada yang menangis sebab cinta. Hm. Yang ini tak ok sangat. Tapi aku sebenarnya gembira melihat teman teman yang sedang dilamun cinta ni. Setiap masa tersenyum aje. Kehkeh. Tapi jangan sampai menggangu pelajaran sudahlah. Berpada-pada orang kata. Tapi gua salute juga sis sis dan bro bro yang tak ambil peduli pasal cintan ni. Steady ah. Tapi aku doakan semoga kita semua dijauhkan dari hubungan yang sia sia. (asal banyak sangat tapi ni?!)
Kerana perjalanan kita masih jauh. Terlalu jauh.
"Berjalanlah,
walau sambil menangis,
jangan sesekali berhenti.
"Believe that a good day will come one day, you can endure as much as you believe."
Senyum.
-Rep-
p/s : maaf ayat berterabur btw mana admin lain? hambar betul -_-
No comments:
Post a Comment