Friday, 3 October 2014

The New One




             Bismillahhirramanirrahim. Assalamualaikum! Salam perkenalan daripada aku, ‘One of The Jejaka Tangan Power’ yg semuanya hensem2 belaka. Dah la bergaya siot. Tapi aku ni jenis  yg rilek je. Orang lain tengah duk kalut nk study, tp aku santai je utk siapkan entry pertama aku. I will be a blogger babe! OMG…OMG…OMG…  haha. Maklumlah sekarang ni musim final exam kat university aku ni.

          Tapi xpe, sambil korang tengah menghirup teh tarik ke, kopi amende ke,  apa2 je lah yg korang tengah buat tu asalkan bahagia. OK! Memandangkan ini salam perkenalan daripada aku, akan aku perkenalkan nama aku yg xberapa nk femes sangat sekarang ni. Tapi time nk puasa, tup2 nama aku ni naik. Biasalah, Only In Malaysia  yg jenis ada musim2 nya tak gitu. Huhu. Nama aku Syaaban, a.k.a Syaaban Reds sbb aku ni fan Liverpool sejak minat bola lagi masa kecik2 dulu.

          Nama panggilan Syakbe @ Be. Aku ni berasala dari negeri yg ‘dikatakan miskin la’ Kelantan tapi di Malaysia. Eh! Aku ni kaki bola, nk sembang pasal bola pun boleh, isu semasa ke, politik ke, agama ke, aku ok je. Kalo hiburan, Haram Jadah! Takkan nk sembang pasal Azwan Ali kot, apakejadah tu wei? Dalam kata mudah, aku ni mudah utk disembangkan atau dipersembangkan. Dah cukup? Oklah tu salam perkenalan daripada aku. Kalo nk lebih2 lagi, pegi add aku kat fb (Syaaban Reds) sana, tak pun follow kat twitter (@Syaaban_Reds). Insta aku xbuat, sbb aku ni bukannya kaki selfie, ambik gambar sana sini, entah buat mende lah.

          Sebenarnya, aku ada hajat utk menulis buku, tp sbelum tu kenelah berjinak-jinak dulu dengan blog ni. Nk buat blog pun ada hajat jugak sampai xtidur malam fikir nama yg sesuai utk blog. Tapi xpe, dapat rezeki dari member2 yg approve aku utk menjadi ‘One Of The Jejaka Tangan Power’ ni dah buat aku bersyukur. Aku ni bukanlah ulat buku yg menjilat buku2 tiap2 minggu, tapi sedang mengerah kepala utk selalu baca buku. Maklumlah sekarang ni kan banyak buku2 indie yg diterbitkan oleh geng2 ‘Penulisme and Terbitanisme’. 

         Apa yg boleh aku janjikan utk pembaca2 blog sekalian, aku akan cuba menulis cerita cerpen pendek setiap minggu dan kalo ada masa lebih, isu-isu semasa juga akan aku cuba kupaskan utk tatapan awak2 yg cantik dan hensem2 semua. Dikala senja merangkak menuju mentari, lebih baik aku menyuraikan salam perkenalan kita ini. Salam Perkenalan!

~Syakbe~

p/s  Hai abam2 admin yg power!

No comments:

Post a Comment