Macam biasa pada waktu pagi, aku pun
tak tahu sama ada masih pagi lagi kah? Kelas aku start pukul 9.00 a.m dan aku
baru bangun 10 minit before pukul 9.00. Ini lah padahnya menjadi hamba kepada
game. Kemaruk PES!
Nama aku Danial dan orang panggil aku
‘Mat’. Aku pun tak tahu apa signifikan antara Danial dengan Mat tu. Jauh
bezanya. Whatever!
“Oii, bangun la
setan!” Sergah roommate aku yang tengah capai kasut kat bawah katil.
“Hmm, ye lah..
ye lah.. hehhh!!” Aku membalas dengan malas.
Aku baru membuka mata perlahan-lahan,
jari-jariku menari di atas mata untuk menyelongkar dan membuang taik-taik mata
yang ada pada kelopak mata. Matahari terik menyilau ke arah katilku. Terasa
seperti berada di tepi pantai.
Rommate aku ni asalnya dari Pendang,
Kedah. Aku suka dengar loghatnya.Tutur bicaranya sangat ‘Kenarian’ orang Kedah
habak. Dia ni minat lagu hip hop, rap dan sebagainya. Pernah sekali dia rap
lagu ‘buatan sendiri’ guna loghat utara. Cubalah korang bayangkan macam mana
dia nyanyi rap? Hangpa orang utara
sendiri pun takkan faham apa yang dia nyanyi. Kahkahkah! This is Lawak Siott.
“Cepat la oii,
nanti kene maki dengan Puan Salbiah kalau datang lambat ke kelas.”
Pinta roommateku yang dah siap ikat
tali kasut tengah berusaha untuk membaiki tombol pintu bilik kami. Dalam satu
bilik ada dua orang penghuni dan setiap 2 buah bilik akan berkongsi satu bilik
air. Strategik kan! Lepastu dia blah…
Bingkas aku bangkit daripada katil
terus ke bilik air, tapi aku pakai kain tuala la. Baju seluar semua aku dah
pecat la. 15 minit aku ambik masa untuk berada dalam bilik air, satu masa yang
agak sekejap bagi aku, sebab kebiasaan kat rumah aku paling-paling tidak pun
dalam 30 minit macm tu lah. Kalau korang rasa lama, aku rasa ada lagi yang
lebih lama daripada aku kot, abang aku! 45 minit adalah masa yang akan kau
tunggu selepas dia masuk ke dalam bilik air. Aku pun tak tahu apakejadah dia
buat kat dalam tu.
Siap-siap pakai baju apa semua, aku
semayang subuh. Qada yang pagi tadi lah. Sambung terus dengan solat sunat dhuha
untuk dimurahkan rezeki. Amin! Kata ustaz sekolah aku dulu “Korangkan, bila dah
besar nanti, banyak tanggungjawab yang akan dipikul, masa pulak sangat cepat,
sebab tu, walau sesibuk mana pun, semalas mana pun, tolonglah jangan pernah
tinggalkan solat. Biarlah terlepas solat, make sure yang korang akan qada
balik.”
Tepat pukul 9.15 aku baru keluar
daripada bilik menuju ke tempat parking bas. Jarak dari kolej penginapan ke
kampus hanya 3 km sahaja. Tapi jem tiap-tiap pagi ni makan masa 15 jugaklah
duduk kat dalam bas tu. Masa kat dalam bas tu, aku terdengar perbualan
penumpang-penumpang lain.
“Weiii, cantik
siot awek tu… engkau ada kenal member-member dia tak? Aku rasa nak berkenalan
dengan dia la. Wajah ayu putik melepak bak Lisa Surihani, tubuh manjang comel
lotte macam Fazura.”
Ahh.. sembang gampang budak poyo gila
dari kos mana entah yang duduk depan kerusi aku berceloteh dengan member dia kat sebelah. Bersembang kencang
macam Dato’ Hasbullah Awang tengah ulas perlawanan akhir Piala Malaysia.
Punyalah kencang sembang tu sampai tersembur bau ubat gigi colgate kena tempias
kat orang-orang yang berhampiran dengan dia. Muka dah la macam orang penagih,
jerawat sana sini, rambut kerinting macam orang asli kaum suku-sakat mana entah
ada hati nak rembat awek cantik. Pooraahhhh!!
“Engaku ni kan
Wan, awek orang tu .Lu tak tahu cerita ke?” Balas member dia yang duduk
bersebelahan.
“Cerita apa
bro?” Tanya budak poyo tu.
“La.. kau ni,
otak kau tu tak berkembang langsung, lembab macam siput babi. Antena
communication kau ni import daripada mana? Afrika, Nepal, Zimbabwe?” Respon
member dia dengan suara agak tinggi.
“Oii, celaka
lahanat… engkau cakap mende ni, cepat la cerita kat aku… huhhh!” Keluh kesat
budak poyo tu lagi.
“Gini, awek ayu
yang kau cakap tadi yang macam Lisa+Fazura=Emma Watson tu dah ada pakwe la.
Ngerti enggak lu?” Jawab si kawan dia tu.
“Sapa pakwe dia
tu?” Tanya budak poyo tu lagi.
“Saiful..! Alah…
Epul yang jadi keeper bola universiti kita ni.” Ucap member budak poyo tu.
“Laa…. Ye ke..
…ermmm….” Terus sugul wajah budak poyo tu.
Hermm gitu la gosip-gosip pagi
daripada budak-budak universiti sekarang ni. Semuanya penuh dengan poyo, tak
guna, tak sedar diri, malah bodoh sombong pun ada jugak. Aku tak minat nak ulas
pasal isu macam ni. Aku ni masih belajar, ilmu pun sikit sangat, lagi-lagi la
bab pompuan. Aku ni dah la semuanya adik-beradik laki, mak sorang je yang
pompuan kalo kat rumah.
Bas berhenti di bahu jalan sebelah pagar
kampus menelusuri pagar untuk pejalan kaki. Kad matrik tersemat di dada
menandakan sebagai pelajar di universiti ini. Kalau tak gantung kad matrik di
dada, free-free duit kau melayang RM25. Bajet untuk 5 kali lunch tu beb. Aku
sampai di kampus pukul 9.30 pagi, tapi kelas pukul 9.00 pagi. Sebelum masuk ke
kelas, aku wasep dulu member aku untuk mengetahui sama ada lecturer dah start
ngajar ke belum.
Puan
dah masuk ke belom?
Dah..
Mampuslah kau.. hihi
Apasal
pulak?
Hahaha….!
|
Aku syak member aku cuba untuk menaku-nakutkan aku ni.
Tapi aku rileks je. Aku menuju ke kelas dengan hati yang berdebar macam orang
nk interview pulak. Nervous semacam aku rasa. Sampai kat depan pintu lif
bangunan 12 tingkat, ada beberapa orang ‘berjawatan tinggi’ tengah bersembang.
“Haha, yes…yes…
absolutely for sure!” Kata mamat spek dengan gaya macam professor.
“And I will
recommend it to you this Friday…” Balas kawan dia.
Entah mende yang diorang bersembang
pun aku tak tahu. Sembang macai mungkin? Pintu lif terbuka. Butang lif bernombor 9 aku tekan. Sampai
di tingkat 9 aku terus membawa diri menuju ke kelas. Mataku liar mencari pintu
kelas bernombor 25. Entah apa akan terjadi pada diriku sekejap lagi, masuk kali
ni, ini adalah kali yang ke -7 aku terlambat ke kelas Puan Salbiah. Kering idea
untuk aku fikirkan apakah alasan yang munasabah for me untuk meyakinkan
beliau. Beliau bukanlah garang, cuma agak cerewet biasalah seorang pompuan.
Tapi cerewetnya bukan biasa sebab makian beliau macam orang politik, susah
untuk seorang pelajar mematahkan hujah-hujah beliau. Sebab tu classmates aku
yang lain selalu datang awal ke kelasnya. Tapi aku…. Herrmmm
……bersambung…..
-Syakbe-
No comments:
Post a Comment