"Wah, tak sabarnya nak jadi senior"
"Aku nak cari awek junior la"
"Mesti best kan dapat junior"
Ya. Itulah kata-kata yang sering keluar dari bibir kawan-kawanku.
Tak kira perempuan mahupun lelaki, masing-masing "eksaited".
Tapi aku, cool je. Kehkeh.
***
Hm,
Sedar tak masa berlalu begitu pantas?
Hampir genap setahun,
Aku dan kengkawan menghabiskan masa bersama.
Buat kerja bersama.,
Main bersama,
Bergurau bersama
Dan,
Kena marah dengan lecturer pon bersama.
Hihi.
---
Penat,
Tak cukup tidur (tapi ada je yg terlebih tidur)
Itu biasa.
Tambah-tambah dekat akhir-akhir sem ni,
Lagilah, stress engko.
“Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit — William Shakespeare”
Biasalah, nak berjaya kan.
--
Tetapi,
Dalam masa yang singkat ini lah aku dapat kenal,
Hati budi kawan-kawanku,
Pe'el perangai mereka.
Ya. Semuanya baik-baik belaka.
***
Tatkala aku menulis entry ini,
Aku dan kawan-kawan sedang berjuang untuk final exam.
Semoga semunya berjalan lancar.
"Kerana sejauh apapun jarak, doa akan sampai"
Jadi, berdoalah.
Doalah untuk kejayaan kawan-kawan sekali ya.
Apa salahnya.
Dan, perjalanan kita masih jauh.....
Moga Allah Redha.
Nota kaki :
Entry lari tajuk skit, hehe. Nvm, abis final, cuti 2 bulan lebih pastu dah jadi senior dah. Korang, jadilah senior yg baik ek. Kehkeh. Ha, cuti sem nanti contact2 yawww. 2 bulan lebih kot. k lah bye korang
-Rep-
Nice entry. Wakkakaka
ReplyDelete