Assalamualaikum semua..
Dah 2 hari rasanya gua tak update blog ni, maklumlah gua busy sikit sekarang ni, makin dekat dengan final exam makin banyak pulak assingment dan tutorial yang gua dapat. Sabar je lah. Kalau assingment pasal tulis-tulis, lukis-lukis tu takpe lagi tau, ni dah kena cari site la, tu la ni la. Hurm..gua sebenarnya tak kisah tapi
money yang membuatkan gua kisah sikit. Dah la semua barang dah naik, tol naik, tambang lrt naik, makanan naik. Tapi dua tiga hari ni bising pasal kangkung turun, ada gua kesah ? Gua mana makan kangkung. Okay, gua malas nak ulas panjang pasal kangkung ni kang masuk bab politik susah nanti. Haha.
Sebenarnya untuk entry kali ni gua nak citer pasal sesetengah polis yang agak berlagak ni. Hurmm..gua dah lama perhati sikap abang-abang polis ni. Bukan gua kata semua polis tu berlagak, cuma sesetengah je terutama yang muda-muda ni. Mungkin nak tunjuk kuasa tu gua tak tahu la. Tapi gua bukan tak hargai jasa-jasa mereka yang bertungkus-lumus demi menjaga keselamatan orang ramai, gua hargainya. Berterima kasih sangat-sangat tapi yang gua tak suka dan agak kecewa sikit dengan sesetengah polis ni. Cakap main lepas dan macam takda rasa hormat kat orang lain langsung. Kalau ada yang buat salah, apa salahnya tegur dengan cara baik-baik tak payah nak gertak-gertak kot.
Petang tadi, gua dan beberapa kengkawan gua ada lah pergi keluar ke bandar KL ni nak siapkan kerja kitorang. Kitorang naik kereta ada seorang member perempuan gua ni. Tapi yang drive lelaki la, tak kan nak bagi pompuan drive kot, tak gentle lahh. Haha. Tapi bukan gua pon yang drive. Hihi. Yang first-first, kitorang dah kena saman dah sebab parking kereta merata-rata. rm250 kot. Kopak duit den. Tapi kalau kitorang bayar awal
maybe dalam rm100 je tapi duit jugak tu. Ahhh, duit asyik keluar je bila ntah nak masuk. So, lepas tengok surat saman kat
wiper depan kereta semua muka dah macam apa dah. Haha.
Lepas tengok je surat saman tu, kitorang pon blah la dengan hati yang penuh duka lara dan berbelah bagi. Fuhhh..ayat.Power siot. Nak dijadikan cerita, masa tengah drive tu, member gua secara tak sengaja terlanggar lampu isyarat. Masa tu takda seorang daripada kitorang yang perasan lampu isyarat warna merah. Member gua
drive straight je tanpa rasa bersalah. Betul lah pepatah ada mengatakan "Malang tidak berbau". Abang polis trafik dah
follow kami dari belakang, lepastu datang sebelah suruh kitorang berhentikan kereta. Masa tu semua dah cuak, gua pon memang tak pakai
seatbelt. Haha. So, member gua berhentikanlah kereta kat tepi. Pada mulanya nak je cabut terus, tapi bebudak pompuan kat belakang tak bagi
so turutkan jelah cakap diorang.
Abang polis yang umur dalam lingkungan 20an datang sebelah dan suruh driver iaitu member gua turun. "Kau tahu tak kau salah apa" tengking polis tu. Member gua dah cuak dah dan berdasarkan air mukanya memang cuak gila kot. Biasalah first time kena sapa tak cuak woi. Bebudak pompuan kat belakang dah bising dah. Biasalah pompuan, 'kalut' sikit. Gua jugak yang steady. Hahaha. Gua sebenarnya dah 3-4 kali kena dengan abang polis ni dan pernah sekali masuk mahkamah. Haha. Tapi, yang paling gua tak puas hati, cara polis tu bercakap la, bapak berlagak gila siot. Nak je aku pergi bagi penumbuk bagi hilang sikit berlagak tu. Lepas dekat 10 minit kena bebel, akhirnya polis tu lepas je member gua tu. Gua dah tahu dari awal polis tu nak gertak je sebab dia tahu kitorang masih student kan, tapi nak gertak pon agak-agak la. Sopan-santun tu memang dah tak ada la. Dan sebab sikap-sikap polis macam ni la gua memang tak boleh kalau jumpa polis, rasa semacam je. Haha. Tapi tak semua la, ramai je yang ok dan bertimbang rasa. Okay, dah la cukup setakat ni cerita gua. Ada masa gua update cerita baru. Bye. Assalamualaikum.

gambar hiasan
p/s : kalau kena saman dengan polis cun macam ni, takdelah gua kisah sangat.
-Rep-