Saturday, 24 October 2015

#QsOnVacation 1 (Trip To Utagha)

Vacation ni dinamakan #TripToUtagha sebab kitorang iaitu aku (syakbe), aziq, faris dan fairus menjelajah di sekitar utara negara iaitu penang, kedah dan perlis. Kalau ikut plan awal kitorang, perak salah satu destinasi tapi setelah dibuat perbincangan kami tolak untuk ke perak atas beberapa sebab antaranya ‘tak cukup bajet, kawasan perak agak luas, tempat-tempat menarik agak jauh dan kesukaran untuk mendapatkan pengangkutan awam.’ Bajet seorang mengikut perancangan kami untuk vacation ni adalah sebanyak RM300-RM350 yang merangkumi pengangkutan, penginapan, makanan dan juga shopping. Nak tahu cukup ke tak bajet kami menjelajah ke utara negara dari ibu kota dengan berbekalkan bajet ciput sebanyak RM300-RM350 seorang selama 4 hari 3 malam serta tambahan 2 malam untuk perjalanan pergi dan balik kitorang…. Let’s see!
Ini  gambar  kitorang  berempat, dari  kiri  aziq (botek), fairus (bendeleh), faris (tenis boy), aku syaaban (syakbe).
Lebih kurang pukul 10.30 malam kami dah keluar daripada KSJ (kediaman bagi mahasiswa utmkl) dekat setapak, KL untuk ke Pudu Sentral (Hentian Pudu). Kitorang naik teksi dari ksj utk terus ke stesen lrt titiwangsa dan bayaran sebanyak Rm8 utk brader teksi tadi. Dari stesen lrt titiwangsa kitorang ke stesen lrt plaza rakyat sebab pudu sentral terletak bersebelahan dgn stesen lrt plaza rakyat ni. Token yg dikenakan sebanyak Rm2.30.
Sampai di pudu sentral (keadaan agak tak guna sikit kat sini sebab banyak ulat tiket) aku terus ke kaunter tiket kat tingkat atas tempat di mana aku dah beli tiket awal-awal sebelum ni. Ulat tiket kat sini agak 'panas’ sikit. Bukan sikit tapi banyak. Bodoh! Aku sampai kat kaunter tiket yg aku dah berjanji dgn penjual tiket sebelum ni utk menebus balik tiket aku utk mlm ni sbb yg aku dapat masa beli tempoh hari dia bagi resit sahaja macam resit yg kau biasa2 dapat lepas beli barang kat pasaraya. Tak guna!
Aku dapat tebus tiket bas tersebut utk 4 org dari KL-Butterworth dgn harga RM35 seorang. Tapi yg buat aku rasa bengang adalah hari tu aku dijanjikan dgn bas mayang sari yg ada wifi tapi apa yg aku dan kawan2 aku dapat adalah bas A Class yg takde wifi dan dapat kerusi rosak. Bengongkan! Dan kami teruskan perjalanan menaiki bas tersebut pukul 12 mlm dan Alhamdulillah sampai di stesen bas Butterworth pukul 4.30 pagi.

1)  Pulau  Pinang
Kitorang lepak kat sekitar stesen bas butterworth tu dan jalan2 kat sekitar utk tunggu masuknya waktu subuh. Usai subuh kitorang terus ke jeti feri yg bersebelahan sahaja dgn stesen bas butterworth dan juga ktm butterworth utk menyeberang ke bandar georgetown dgn menaiki feri yg berharga Rm1.20 seorang sahaja dan masuk bandar georgetown sahaja. Keluar dari bandar georgetown free beb!
Kami  touchdown  di  bandar  georgetown  dalam  pukul  6.45  pagi  setelah  mengambil  masa  selama  15  minit  di  atas  feri  setelah  berlepas  pukul  6.30  pagi. Stesen  bas  hanyalah  sebelah  jeti  dan  kitorang  just  jalan  kaki  untuk  ke  sana.  Kami  terus  mencari  kedai  makan  untuk  breakfast  dahulu.  Tempat  pertama  untuk  dituju  adalah  Penang  Hill  dan  hanya  naik  bas  dari  stesen  bas  kat  jeti  tu  ke  Penang  Hill  dengan  tambang  Rm2  seorang. Dalam  20-30  minit  jgklah  utk  ke  Penang  Hill tu.  Sampai  di  Penang  Hill, kitorang  naik  train  utk  ke  puncak  yang  berharga  Rm3  sahaja  naik  dan  turun  sekali.  Tapi  ini  harga  promosi  untuk  weekday  sahaja. Kalau  weekend  cecah  Rm10  bro!


Wajah  kegembiraan  kat  atas  train  


Makan  masa  10-15  minit  sahaja  untuk  ke  puncak  Penang  Hill  dengan  train  yg  cerunnya  45  darjah  kecondongannya. Best   and   menarik!  Sampai  di  puncak,  terus  ke  View  Deck  utk  melihat  Bandar  Georgetown  tapi  agak  malang  sebab   keadaan  yg  berjerubu  so  nampak  asap  putih  je.  Tak guna  kapitalis  asean!  Tak guna Jokowi!  Ok,  gua  marah  ni.  Sampai  2  jam  jgklah  kitorang  pusing2  kat  puncak  Penang  Hill tu.  Lepastu  turun  balik.  Sampai  bawah  dah  ada  bas  untuk  ke  stesen  bas  kat  jeti  tadi.  Tambang  tetap  Rm2  je.




Si Faris (Tenis boy) dah kuncikan cinta sejati dia kat sini



Masa  untuk  sewa  motor, so  aku  call  tauke  sewa  motor  dan  apek  cina  yg  angkat.  Kitorang  deal    dengan  dia  dan  dapatlah  2  buah  motor  skuter   berharga  Rm28  sehari  tapi  deposit  cekik  darah  sikit  Rm150  beb.  Lepas  settlekan  motor,  terus  chau  pi  lunch  kat  Nasi  Kandar  Line  Clear.  Entah  kat  mana  tapi  dekat  tengah2  bandar  Georgetown  lah.  Nak  mudah  waze  atau  google  map.


Penang  Art  Street


 Lepas  perut  dah  terisi, cari  tempat  untuk  rest  kejaplah  dan   terus  call  homestay  yg  kat  Bayan  Lepas,  tapi  dah  penuh.  Call  yg  back up  homestay  pulak,  dapatlah  dorm  yg  aku  dah  booking  awal-awal  sebelum  ni.  Dapat  dorm  utk  4  org  dgn  harga  Rm20  per  head  dgn  deposit  Rm20  jgk  tapi  kene  shared  bathroom  dgn  org  lainlah.  Itulah  konsep  dorm  dan  juga  backpackers!  Ye  ke?  Lantak  pi  lah!  Nama  tempat  tu  (Xavier  Lodge)  Yang  istimewa   dalam  dorm  tu  adalah  laki  dan  pompuan  berkongsi.  Haih!  Haih!  Tapi  kitorang  duduk  kat  tempat  isitimewa  sikit  sbb  dah  booking  awal  dan  tempat  tu  macam  bilik  yg  ada  2  katil  double  decker  tapi  takde  pintu.  Hehehe!  Bathroom  pula  ada  2  dan  dekat  je.


Lepas  dapat  katil,  apa  lagi  nak  buat?  Baringlahhhh!  Hahaha.  (Woi  gelaklah!)  Tapi  dorm  yg  kami  sewa  ni  dapat  kipas  je  sebab tu  murah.  Kalau  nak  aircond  kene  kasi  duit  lebih  sikit  maa. OK,  lepas  dah  puaskan  nafsu  tidur,  kitorang  gerak  ke  Bayan  Lepas  utk  menikmati  minum  petang  kat  tepi  laut.  Lepas  dah  puas  lepak,  barulah  ke  tempat  yg  ditunggu-tunggu  iaitu  Batu  Feringghi .  Tapi  kitorang  tak  sampai  kat  Batu  Feringghi  tu,  kitorang  sampai  kat  Teluk  Bahang. Entah  kenapa  sampai  kat  situ  sbb  syok   sangat  bawak  motor  naik  bukit.  Tapi  kalau  pegi  kat  atas  lagi,  akan   sampai   ke   Taman  Negeri  P.Pinang.






Teluk Bahang bukan baq hang



Lepak  kat  Teluk  Bahang  tu  kejap  je  sebab  hujan  dan  renyai2,  dapatlah  tangkap  gambar  sekeping  dua. Sebenarnya  20-30  keping  jgklah.  Tapi  yg  betul2  benar   adalah  tak  tahu  berapa  keping.  Ingat  nak  singgah  kat  masjid  terapung,  tapi  tak  sempat  sbb  hujan  makin  lebat  jadi  singgah  la  kat  masjid  tepi  jalan  memandangkan   azan  maghrib  dah  berkumandang. 



Lepas  dah  berenti  hujan,  kitorang  pusing  sekitar  Bandar  Georgetown  dan  berhenti  makan  malam  kat  Padang  Kota  Lama.  Kat  sini  banyak  medan  makan,  jadi  memang  port  utk  menjamu  seleralah  bagi   pelancong-pelancong  luar.  


Dah  kenyang  makan  dengan  kene  paw  harga  macam  makan  kat  restoran  mewah  kat  KL,  kitorang  pusing2  lagi  kat  tengah2  bandar  Georgetown.  Tak  puas  pusing2  naik  motor,  parking  motor  kat  stesen  bas  jeti   dan  naik  pula  bas  shuttle  yg  free  khas  utk  pelancong.  Free  and  free  of  charge!  Penat  pusing2  bandar,  maka  kitorang  pun  baliklah  ke  dorm  untuk  bermain  wifi  sambil  layan  tv.  Nak  tengok  tv  kena  pi  kat  rooftop.  Syokk!


Lepas  breakfast  kat  sebelah  balai  polis,  terus  chau  ke  rumah  P. Ramlee  yg  hanya  makan  masa  15  minit  sahaja.  Lepastu  baru  gerak  ke  stadium  negeri  kat  Batu  Kawan.  Batu  Kawan  tau  bukan  batu  hang  atau  batu  aku.  Jauh  sekali  dengan  batu  gajah.  Kat  sebelah  stadium  ni  ada  pasar  pagi,  jadi  membeli-belahlah   sapa  yg  mempunyai  uwang  sapa  yg  takda  uwang,  main  batu  lah  hangpa.  Huhu!




Singgah  sekejap  di  Fort  Cornwall  yg  merupakan  kubu  bagi  pihak  british  semasa   menawan  Georgetown  dulu.  Tapi  nak  masuk  kene  bayar  Rm10  dan  dia  bagi  air  mineral.  Habis  lawatan  sambil  belajar  kat  Fort  Conrwall  tu,  terus  balik  dorm  utk  siap2  nak  bla  tengah  hari   tu.            





2)   Kedah 




Dari Butterworth ke Alor Setar kitorang naik bas dgn tambang Rm11 sorang. Ambik masa dlm 1 jam setengah sbb driver bawak slow sambil makan kuaci. Sampai di terminal Shahab Perdana. Nak pegi kat stdm kene naik bas Rm1 tapi berhenti kat hospital lama sbb bas tu tak lalu depan stdm. Kitorang stay dekat kompleks belia sukan kedah kat belakanh stdm darul aman. Cuma Rm11 sorang utk sehari (24 jam).
Sampai pun dah lewat ptg, jadi ptg tu just baring atas katil je lah. Dapat dorm utk 6 org penghuni tp kitorang ada 4 org je, ada katil extra lah. Tapi tandas kat luar, sebelah bilik je. Tandas pompuan lah, tandas laki kat hujung dan malas nak pi. Lantaklah!
Masuk mlm kitorang cuma pegi makan je kat area stdm sbb penat nak pi jalan2 dan takde transport dan keadaan hujan. Lepak je lah sekejap kat warung sambil layan muka bangjib dlm buletin utama. Area stdm tu jgk ada bazar larut mlm. Macam2 ada, jersi kedah pun ada tp agak mahal lah.


Rumah  Tun Dr. Mahathir  dengan  Menara  Alor  Setar

Pagi2 lagi dah cari makan kat bandar aloq setaq dkat dgn pekan rabu. Naik bas Rm1 kat stdm, bas lalu tahan je lah. Aktiviti kitorang cuma berlegar-legar kat bandar aloq staq dgn jalan kaki je. Naik menara aloq staq bayar Rm9 dan agak mahal walaupun kau seorang pelajar.



Kedah  Art  Street
Sampai tengah hari kitorang dah kene siap2 sbb nak kejar train ets utk ke arau pulak. Stesen ktm alor setar dekat je dlm 10-15 minit dari stdm alor setar. Kalo naik teksi pun dlm Rm8 – Rm10 je. Train ets menuju ke arau dari alor setar ada pada pukul 2.30 ptg. Waktu lain aku tak tau. Tambangnya Rm12 sehala utk seorang.




3)   Perlis


Pengalaman naik train ets sangat power sebab…. Ianya powerlah. Kelajuan cecah lebih 140km/h makan masa 30 minit je utk sampai di arau. Di stesen ktm arau utk ke homestay (K House) dekat area matrik perlis dan juga uitm arau ambik masa 10-15 minit dgn teksi yg berharga Rm10.
Homestay pulak sangat murah, Rm49 utk satu mlm. Tapi sewa kereta agak mahal, kitorang sewa kereta kancil je Rm60 sehari beb! Hmm.
Aktiviti utk ptg tu cuma jalan2 sekitar bandar kangar, singgah di stdm utama dan pi tengok sunset dekat jeti kuala perlis. Dan fenomenanya cukup ‘power’! Dinner pulak dgn makanan laut yg segar-segar gila dan cukup sodapp!




Pemandangan  yg  sungguh  cantik  di  jeti  Kuala  Perlis
Hari terakhir utk pula kitorang pegi shopping kat padang besar. Tapi harga naik dan barang memang mahal sbb nilai ringgit jatuh tahap gila teruk! (Natang mung Najib). Jadinya, tak shoppinglah sangat. Ada laa sikit beli barang. Aku pegi cari tandas je, tapi tandas tutup. Tak guna! Terpaksa masuk balai bomba sebab nak masuk tandas jgk.
Habis di padang besar, gerak ke wan kelian pula tapi singgah sekejap kat gua kelam. Nak masuk gua kelam ni murah je, bayar Rm1 sorang je. Nak mandi free tapi air agak kotor. Tak cantik. Mungkin sbb hujan yg buat air dari atas puncak gunung tu mengalir ke bawah.



Gua  Kelam

Puas di gua kelam, perjalanan ke wan kelian diteruskan. Nak ke wan kelian ni agak mencabar sbb jalan berbukit dan bercerun dan jgk berselekoh power. Tempat2 macam ni geng2 drift suka lah. Port puak2 Toretto berlumba.
Pasar wan kelian ni dah dekat dgn pintu sempadan ke thailand. Orang2 perlis tahu lah. Bila kitorang sampai pasar tu tutup dan hambar. Takde apa. Terpaksalah pusing balik.
Masa tengah hari, kitorang singgah pulak kat rmh rakan sekelas. Orang jati perlis dan orangnya cantik dan cantik. Semestinyalah pompuan. Pulang ke homestay utk persiapan terakhir sebelum mengakhiri trip kali ni.


Sekitar  kawasan  negeri  Perlis

Naik ktm di arau pukul 7.30 mlm dan sampai di kl sentral pukul 4.30 pagi. Kitorang naik train biasa tapi yg second class punya. Tempat yg berbaring, sedap utk tidur tapi takde soket dan jgk wifi. Tambangnya pulak Rm50 sorang.


Perbelanjaan perseorangan :-
Malam pertama :
– Rm2 (teksi) (ksj-lrt titiwangsa)
– Rm2.30 (lrt) (lrt titiw’sa-lrt p. rakyat)
– Rm35 (bas) (kl-butterworth)
Hari pertama :
– Rm1.20 (feri)
– Rm3 (breakfast)
– Rm2 (bas) (stesen bas-penang hill)
– Rm3 (train ke puncak penang hill)
– Rm2 (bas) (penang hill-stesen bas)
– Rm14 (sewa motor) (sehari)
– Rm2.50 (minyak motor)
– Rm10 (lunch) (nasi kandar line clear)
– Rm20 (dorm) (satu malam)
– Rm2 (minum petang)
Malam kedua :
– Rm10 (dinner)
Hari kedua :
– Rm3 (breakfast)
– Rm10 (fort cornwalls)
– Rm0 (lunch freeee)
– Rm11 (bas) (butterworth-alor star)
– Rm1 (bas) (stesen bas-stadium) (X)
– Rm2 (bas) (nowhere-stadium) (√)
– Rm11 (dorm)
Malam kedua :
– Rm7 (dinner)
Hari ketiga :
– Rm1 (bas ke pusat bandar)
– Rm4 (breakfast)
– Rm9 (menara alor star)
– Rm5 (lunch)
– Rm12 (ets) (alor star – arau)
– Rm2.50 (teksi) (ktm arau-homestay)
– Rm12.25 (homestay)
– Rm15 (kereta sewa)
– Rm10 (minyak kereta)
Malam ketiga :
– Rm16.50 (dinner)
Hari keempat :
– Rm5 (breakfast)
– Rm1 (gua kelam)
– Rm0 (lunch freeeee)
– Rm4 (minum petang)
Malam keempat :
– Rm50 (train) (ktm arau-kl sentral)
– Rm5 (dinner)
Hari kelima :
– Rm2.40 (lrt) (kl sentral-sri rampai)
– Rm1 (bas) (lrt sri rampai- ksj)

Jumlah Keseluruhan : RM309.65



- Sekian  saja  dari  kami  geng  Trip To Utagha!





1 comment:

  1. Good information, sy pon nak buat trip backpaker ke penang jugak. 😊

    ReplyDelete