"Hai Syaheraa, sorang je? Mana your non-blooded sisters,
kawan sehidup semati?” Syaaban yang sedari tadi diam mengusik bekas atlet
sekolah yang baru sahaja sampai di cafe. Syaheera yang kini kelihatan agak
berisi hanya tersenyum dengan gurauan rakan sekelasnya itu.
“Dia ada keje sikit la tadi, dia suruh aku lunch dulu.” Balas syaheera.
“Oh, kalau macamtu duduk la dulu, orang tengah ramai lagi ni nak ambik
makanan..” Syaaban mengangkat beg yang diletak di atas kerusi kosong di
sebelahnya sambil mempelawa Syaheera duduk bersama.
“Haaaaa ada pun engkau! Kitorang nak ajak kau join projek baekkkk
ni.” Arep yang usai beratur panjang membayar makanan duduk bersama mereka.
"Projek apa rep?" Syaheera yang masih kebingungan tetiba excited.
"Adalah. Hahaha."
"Bongok. Cakap ah bebetul"
Khalid, Daus dan Syaaban hanya tersenyum melihat telatah dua orang kawannya itu.
Arep meneguk segelas teh oh ais.
"Macamni......
.........................................................
"Dring! Dring!"
Mat yang masih bertuala bergegas
mengangkat telefon di ruang tamu rumahnya.
"Yaa. nanti aku datang. Jangan risau. Aku baru siap mandi ni." Ganggang telefon diletak."Tak sabar betul orang tua tu, macam la dia datang awal." Mat membebel seorang diri.
"Bibik! Nanti bagitahu papa malam nanti saya balik lambat. Ada kerja sikit"
"Okay, nanti saya bagitahu sama bapak".
......
Engin kereta Audi RX5 miliknya dihidupkan.
Mat memang dilahirkan dalam hidup serba lengkap. Kemewahan yang dimiliki bapanya dirasai sejak dia mula mula lahir ke dunia lagi. Namun Mat tidak seperti kebiasaan anak anak orang kaya lain. Beliau lebih kepada low profile dan tidak suka bermegah-megah.
Tidak sampai 20 minit, Mat tiba di port lepak kegemarannya.
Beberapa orang kawan sehidup sematinya telah tiba lebih awal daripadanya.
.......
No comments:
Post a Comment