Tuesday, 16 June 2015

"Geng" (Episod 3)

"Hai Syaheraa, sorang je? Mana your non-blooded sisters, kawan sehidup semati?” Syaaban yang sedari tadi diam mengusik bekas atlet sekolah yang baru sahaja sampai di cafe. Syaheera yang kini kelihatan agak berisi hanya tersenyum dengan gurauan rakan sekelasnya itu.

“Dia ada keje sikit la tadi, dia suruh aku lunch dulu.” Balas syaheera.

“Oh, kalau macamtu duduk la dulu, orang tengah ramai lagi ni nak ambik makanan..” Syaaban mengangkat beg yang diletak di atas kerusi kosong di sebelahnya sambil mempelawa Syaheera duduk bersama.

 “Haaaaa ada pun engkau! Kitorang nak ajak kau join projek baekkkk ni.” Arep yang usai beratur panjang membayar makanan duduk bersama mereka.

"Projek apa rep?" Syaheera yang masih kebingungan tetiba excited.

"Adalah. Hahaha."

"Bongok. Cakap ah bebetul"

Khalid, Daus dan Syaaban hanya tersenyum melihat telatah dua orang kawannya itu.

Arep meneguk segelas teh oh ais.
"Macamni......



.........................................................


"Dring! Dring!"
Mat yang masih bertuala bergegas mengangkat telefon di ruang tamu rumahnya.

"Yaa. nanti aku datang. Jangan risau. Aku baru siap mandi ni." Ganggang telefon diletak."Tak sabar betul orang tua tu, macam la dia datang awal." Mat membebel seorang diri.

"Bibik! Nanti bagitahu papa malam nanti saya balik lambat. Ada kerja sikit"

"Okay, nanti saya bagitahu sama bapak".






......


Engin kereta Audi RX5 miliknya dihidupkan.

Mat memang dilahirkan dalam hidup serba lengkap. Kemewahan yang dimiliki bapanya dirasai sejak dia mula mula lahir ke dunia lagi. Namun Mat tidak seperti kebiasaan anak anak orang kaya lain. Beliau lebih kepada low profile dan tidak suka bermegah-megah.

Tidak sampai 20 minit, Mat tiba di port lepak kegemarannya.
Beberapa orang kawan sehidup sematinya telah tiba lebih awal daripadanya.

.......



Monday, 15 June 2015

"Geng" (Episod 2)

Seketika aku terdiam.

"B7-09" terpampang di muka pintu kayu buatan malaysia itu. Mata ku meliar 'mengusha' kelibat pensyarah "kesayanganku" melalui cermin kecil yang dipasang kemas di bahagian tengah pintu coklat tersebut. Macam biasa, Pn Salbiah sedang sibuk membelek slideshow lecture beliau sambil mulutnya terkumat-kamit memperkatakan sesuatu.

Aku tahu nasib aku kurang bernasib baik haritu. Pn Salbiah sedar akan kelakuan mencurigakan aku di luar bilik kuliah tersebut. Matanya tepat merenung ke dalam retina mataku seakan ada satu pancaran laser melalui matanya.

"Dia ni ada kuasa psikik ke apa?" Aku mengomel seorang diri sambil memikirkan nasib yang bakal menimpaku sebentar nanti. Masuk kali ni dah lebih 10 kali aku lewat ke kelas dalam masa sebulan. Bagus juga pencapaian aku ya.

"Syaaban, masuk!"
Kedengaran suara dari dalam bilik kuliah.

Aku menguak pintu perlahan.

Langkahku diatur perlahan seakan tengah meniti jambatan ke satu tempat yang gelap lagi menyeramkan untuk bertemu dengan naga penjaga harta karun.

"Puan saya....."

"Dah, kamu pergi duduk"
Puan Salbiah mematikan ayatku ringkas.

"Okay kelas, kita berhenti dimana tadi?"

Fuh selamat.


.....................



"Bro, amacam plan hujung minggu ni? Jadi tak? Jangan sembang pulak." ujar Khalid sambil menghembuskan asap rokok jenama U2 yang menjadi rokok pilihannya sejak kebelakangan ni.

"Rokok U2 ni best la. Asap banyak, Tak macam rokok lain, harga mahal tapi hisap dua minit dah habis satu batang. Tak padu"

"Alah rokok jenama apa pun sama je, semua pun boleh bunuh orang jugak." Daus mencelah mematikan ayat khalid.

Suasana senyap seketika.

Khalid kembali menghembus asap rokoknya ke udara seraya berkata;
"Woi, macammana jadi tak?! Jangan nak sembang lagi kali ni!"

Kali ini suara yang agak familiar tiba-tiba mencelah.

"Sembang~~Kaulah cahyaaaaa~Sembang~~Kaulah bintang~Hahaha. Makan tak ajak la sial!" Arep yang tiba-tiba muncul dari belakang Daus menepuk-nepuk bahunya lalu ke tempat makanan yang dihidang secara buffet di Cafe Jazriz yang menjadi tumpuan segelintir pelajar dan juga pensyarah.

Arep dibiarkan berlalu pergi. Sekejap betul watak beliau.

"Mestilah jadi bro, kita dah plan lama kot benda ni. Sabtu petang kita gerak." Daus bersuara meyakinkan khalid yang sejak tadi soalannya tidak berjawab.

"Ok cun." Balas khalid ringkas sambil meretik-retik rokoknya ke dalam bekas abu rokok.

Seketika, tanpa mereka sedari, satu kelibat perempuan muncul di hadapan mereka.


.........................


                                                            -Rep-