Saturday, 7 February 2015

"Geng" (Episod 1)



        Macam biasa pada waktu pagi, aku pun tak tahu sama ada masih pagi lagi kah? Kelas aku start pukul 9.00 a.m dan aku baru bangun 10 minit before pukul 9.00. Ini lah padahnya menjadi hamba kepada game. Kemaruk PES!

        Nama aku Danial dan orang panggil aku ‘Mat’. Aku pun tak tahu apa signifikan antara Danial dengan Mat tu. Jauh bezanya. Whatever!

“Oii, bangun la setan!” Sergah roommate aku yang tengah capai kasut kat bawah katil.

“Hmm, ye lah.. ye lah.. hehhh!!” Aku membalas dengan malas.

        Aku baru membuka mata perlahan-lahan, jari-jariku menari di atas mata untuk menyelongkar dan membuang taik-taik mata yang ada pada kelopak mata. Matahari terik menyilau ke arah katilku. Terasa seperti berada di tepi pantai.

        Rommate aku ni asalnya dari Pendang, Kedah. Aku suka dengar loghatnya.Tutur bicaranya sangat ‘Kenarian’ orang Kedah habak. Dia ni minat lagu hip hop, rap dan sebagainya. Pernah sekali dia rap lagu ‘buatan sendiri’ guna loghat utara. Cubalah korang bayangkan macam mana dia nyanyi rap?  Hangpa orang utara sendiri pun takkan faham apa yang dia nyanyi. Kahkahkah! This is Lawak Siott.

“Cepat la oii, nanti kene maki dengan Puan Salbiah kalau datang lambat ke kelas.”

        Pinta roommateku yang dah siap ikat tali kasut tengah berusaha untuk membaiki tombol pintu bilik kami. Dalam satu bilik ada dua orang penghuni dan setiap 2 buah bilik akan berkongsi satu bilik air. Strategik kan! Lepastu dia blah…

         Bingkas aku bangkit daripada katil terus ke bilik air, tapi aku pakai kain tuala la. Baju seluar semua aku dah pecat la. 15 minit aku ambik masa untuk berada dalam bilik air, satu masa yang agak sekejap bagi aku, sebab kebiasaan kat rumah aku paling-paling tidak pun dalam 30 minit macm tu lah. Kalau korang rasa lama, aku rasa ada lagi yang lebih lama daripada aku kot, abang aku! 45 minit adalah masa yang akan kau tunggu selepas dia masuk ke dalam bilik air. Aku pun tak tahu apakejadah dia buat kat dalam tu.

       Siap-siap pakai baju apa semua, aku semayang subuh. Qada yang pagi tadi lah. Sambung terus dengan solat sunat dhuha untuk dimurahkan rezeki. Amin! Kata ustaz sekolah aku dulu “Korangkan, bila dah besar nanti, banyak tanggungjawab yang akan dipikul, masa pulak sangat cepat, sebab tu, walau sesibuk mana pun, semalas mana pun, tolonglah jangan pernah tinggalkan solat. Biarlah terlepas solat, make sure yang korang akan qada balik.”

       Tepat pukul 9.15 aku baru keluar daripada bilik menuju ke tempat parking bas. Jarak dari kolej penginapan ke kampus hanya 3 km sahaja. Tapi jem tiap-tiap pagi ni makan masa 15 jugaklah duduk kat dalam bas tu. Masa kat dalam bas tu, aku terdengar perbualan penumpang-penumpang lain.

“Weiii, cantik siot awek tu… engkau ada kenal member-member dia tak? Aku rasa nak berkenalan dengan dia la. Wajah ayu putik melepak bak Lisa Surihani, tubuh manjang comel lotte macam Fazura.”

        Ahh.. sembang gampang budak poyo gila dari kos mana entah yang duduk depan kerusi aku berceloteh dengan  member dia kat sebelah. Bersembang kencang macam Dato’ Hasbullah Awang tengah ulas perlawanan akhir Piala Malaysia. Punyalah kencang sembang tu sampai tersembur bau ubat gigi colgate kena tempias kat orang-orang yang berhampiran dengan dia. Muka dah la macam orang penagih, jerawat sana sini, rambut kerinting macam orang asli kaum suku-sakat mana entah ada hati nak rembat awek cantik. Pooraahhhh!!

“Engaku ni kan Wan, awek orang tu .Lu tak tahu cerita ke?” Balas member dia yang duduk bersebelahan.

“Cerita apa bro?” Tanya budak poyo tu.

“La.. kau ni, otak kau tu tak berkembang langsung, lembab macam siput babi. Antena communication kau ni import daripada mana? Afrika, Nepal, Zimbabwe?” Respon member dia dengan suara agak tinggi.

“Oii, celaka lahanat… engkau cakap mende ni, cepat la cerita kat aku… huhhh!” Keluh kesat budak poyo tu lagi.

“Gini, awek ayu yang kau cakap tadi yang macam Lisa+Fazura=Emma Watson tu dah ada pakwe la. Ngerti enggak lu?” Jawab si kawan dia tu.

“Sapa pakwe dia tu?” Tanya budak poyo tu lagi.

“Saiful..! Alah… Epul yang jadi keeper bola universiti kita ni.” Ucap member budak poyo tu.
“Laa…. Ye ke.. …ermmm….” Terus sugul wajah budak poyo tu.

         Hermm gitu la gosip-gosip pagi daripada budak-budak universiti sekarang ni. Semuanya penuh dengan poyo, tak guna, tak sedar diri, malah bodoh sombong pun ada jugak. Aku tak minat nak ulas pasal isu macam ni. Aku ni masih belajar, ilmu pun sikit sangat, lagi-lagi la bab pompuan. Aku ni dah la semuanya adik-beradik laki, mak sorang je yang pompuan kalo kat rumah.

       Bas berhenti di bahu jalan sebelah pagar kampus menelusuri pagar untuk pejalan kaki. Kad matrik tersemat di dada menandakan sebagai pelajar di universiti ini. Kalau tak gantung kad matrik di dada, free-free duit kau melayang RM25. Bajet untuk 5 kali lunch tu beb. Aku sampai di kampus pukul 9.30 pagi, tapi kelas pukul 9.00 pagi. Sebelum masuk ke kelas, aku wasep dulu member aku untuk mengetahui sama ada lecturer dah start ngajar ke belum.




Puan dah masuk ke belom?

Dah..

Mampuslah kau.. hihi

Apasal pulak?

Hahaha….!


 



    



Aku syak member aku cuba untuk menaku-nakutkan aku ni. Tapi aku rileks je. Aku menuju ke kelas dengan hati yang berdebar macam orang nk interview pulak. Nervous semacam aku rasa. Sampai kat depan pintu lif bangunan 12 tingkat, ada beberapa orang ‘berjawatan tinggi’ tengah bersembang.

“Haha, yes…yes… absolutely for sure!” Kata mamat spek dengan gaya macam professor.

“And I will recommend it to you this Friday…” Balas kawan dia.

         Entah mende yang diorang bersembang pun aku tak tahu. Sembang macai mungkin?  Pintu lif terbuka. Butang lif bernombor 9 aku tekan. Sampai di tingkat 9 aku terus membawa diri menuju ke kelas. Mataku liar mencari pintu kelas bernombor 25. Entah apa akan terjadi pada diriku sekejap lagi, masuk kali ni, ini adalah kali yang ke -7 aku terlambat ke kelas Puan Salbiah. Kering idea untuk aku fikirkan apakah alasan yang munasabah for me untuk meyakinkan beliau. Beliau bukanlah garang, cuma agak cerewet biasalah seorang pompuan. Tapi cerewetnya bukan biasa sebab makian beliau macam orang politik, susah untuk seorang pelajar mematahkan hujah-hujah beliau. Sebab tu classmates aku yang lain selalu datang awal ke kelasnya. Tapi aku…. Herrmmm



……bersambung…..    

-Syakbe-