Monday, 17 March 2014

Hari-hari terakhir sebagai 'junior'

"Wah, tak sabarnya nak jadi senior"
"Aku nak cari awek junior la"
"Mesti best kan dapat junior"

Ya. Itulah kata-kata yang sering keluar dari bibir kawan-kawanku.
Tak kira perempuan mahupun lelaki, masing-masing "eksaited".
Tapi aku, cool je. Kehkeh.

***

Hm,
Sedar tak masa berlalu begitu pantas?

Hampir genap setahun,
Aku dan kengkawan menghabiskan masa bersama.
Buat kerja bersama.,
Main bersama,
Bergurau bersama

Dan,
Kena marah dengan lecturer pon bersama.
Hihi.

---

Penat,
Tak cukup tidur (tapi ada je yg terlebih tidur)
Itu biasa.
Tambah-tambah dekat akhir-akhir sem ni,
Lagilah, stress engko.


Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit — William Shakespeare

Biasalah, nak berjaya kan.

--

Tetapi,
Dalam masa yang singkat ini lah aku dapat kenal,
Hati budi kawan-kawanku,
Pe'el perangai mereka.

Ya. Semuanya baik-baik belaka.

***

Tatkala aku menulis entry ini,
Aku dan kawan-kawan sedang berjuang untuk final exam.
Semoga semunya berjalan lancar.

"Kerana sejauh apapun jarak, doa akan sampai"

Jadi, berdoalah.
Doalah untuk kejayaan kawan-kawan sekali ya.
Apa salahnya.

Dan, perjalanan kita masih jauh.....


Moga Allah Redha.


Nota kaki :
Entry lari tajuk skit, hehe. Nvm, abis final, cuti 2 bulan lebih pastu dah jadi senior dah. Korang, jadilah senior yg baik ek. Kehkeh. Ha, cuti sem nanti contact2 yawww. 2 bulan lebih kot. k lah bye korang
                                                             
                                                                 -Rep-

Kenapa aku?

          Kadang2 bila kita ditimpa ujian dan dugaan yang berat daripada Allah, mungkin terdetik dalam hati kita "Ya Allah, kenapakah kau turunkan ujian yang berat ini kepada aku? Kenapa bukan orang lain?". Sebagai seorang manusia yang lemah dan jahil, aku juga kadang2 tidak terkecuali daripada memikirkan perkara tersebut. Sering  terdetik dalam hati ini untuk bertanya kepada Allah, "Kenapa aku?" setiap kali menerima musibah, kemalangan dan ujian serta dugaan daripadaNya, namun adakah kita akan bertanyakan soalan yang sama "Kenapa aku?" setiap kali kita diberi nikmat, kemudahan dan kejayaan daripada-Nya. Sebagai nasihat untuk diri aku dan juga pembaca blog ini, tabah dan bersabarlah atas setiap ujian yang menimpa kita dan janganlah sesekali kita persoalkan Tuhan kenapakah kita diuji. Dan jangan lupa untuk bersyukur atas setiap nikmat yang diberikan kepada kita.


 B.A.

Sunday, 16 March 2014

Masalah Membuatkan Kita Lebih Tabah

Bismillahirrahmanirrahhim..
Assalamualaikum..

     Sejak akhir-akhir ni Malaysia dilanda banyak masalah.Bukan Malaysia je tapi negara luar juga pon ade masalah juga bahkan lebih teruk contohnya negara-negara Arab yang hari-hari kene perang untuk pertahankan hidup diorang..Cuba bayangkan jika kita di tempat mereka.. *ambil masa untuk berfikir .Gua tau mesti kita tak sanggup kan? So,kita jangan lupa untuk terus berdoa agar semuanya kita dapat tempuh bersama-sama.

     Dalam hidup kita sendiri pon mesti ada masalah..Ingat,setiap masalah yang datang mesti ade jalan penyelesaian..Gua jugak bersimpati kepada kawan gua sorang ni dan die jugak admin blog ni pasal ibunya yang tengah sakit.. Tak pe mari kita sama-sama doakan kesembuhan ibu dia.. (RILEKS BRO SEBAB KAMI KAWAN LU AKAN SENTIASA BERSAMA LU).. keep smile :).

     Gua rase masalah kawan gua ni lebih kurang sama je sebab mok ayoh gua pon ade penyakit jugak..Tapi gua masih bersyukur sebab mereka masih lagi sihat tapi hari-hari gua ade jugak rase tak sedap hati duk mikir pasal mok..Selalunya kalo die sakit kaki ke tangan ke gua la yang tolong urut kan..Tapi lepas masuk U ni x selalu dapat tolong urut macam dulu-dulu..Lagi-lagi sekarang ni dah lebih sebulan kot tak balik rumah..Rase rindu ni membuak-buak kat dieorang..Takpe lepas abis exam hari Jumaat ni gua ingat nak terus balik..Gua harap satu hari nanti gua dapat balas semua jasa dieorang..

     Setiap malam lepas solat Isyak gua selalu berdoa agar mereka dipanjangkan umur,dijauhkan daripada sebarang penyakit supaya dapat tengok gua berjaya nanti..Keluar jugak airmata ni tiap kali berdoa tu.. :'( Semalam ayoh ade call tanya bila balik sebab dah lama tak balik rumah,kat situ nampak die dah tak sabar tunggu aku balik..hehehe Terima kasih Ayoh atas kasih sayang yang diberikan..Saya anak ayoh pon sayang ayoh..

     Lepas pikir-pikir pasal sem lepas,nampak sangat gua banyak main-main sebab tu la sem ni gua macam rajin sikit.. *nak berubah demi dieorang.. Gua harap kerajinan sem ni akan bersambung ke sem-sem yang akan datang..

'Sayangilah orang yang menyayangi anda agar tidak menyesal di kemudian hari jika mereka dah tiada'

THAT'S ALL
THE END

-DAUS- ;)

 

MISTERI MH370

Seluruh negara, malah seluruh dunia gempar dengan kehilangan pesawat MH370 miik malaysia airlines (MAS) dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas. Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dikatakan hilang dari radar di Laut China Selatan di perairan Vietnam. Sejak tue,pelbagai usaha telah dijalannkan melibatkan 10 negara. Setakat ini para pengkaji telah membincangkan tentang kebarangkalian yg myebabkan kejadian ni berlaku, namun kesemuanya gagal memberikan jawapan yg pasti. Kebuntuan inilah yang  menjadikan peristiwa hilangnye pesawat mh370 sebagai satu misteri. Saya ingin menarik minat pembaca tentang beberapa senario yg terlalu byak blaku sehingga kite perlu ambil sikap yg benar dlam isu ini.

Pertamanye kita perlu memerhati laporan dan spekulasi dari media dan laman sosial, termasuk aplikasi smart phone yg melimpah ruah di alam maya. Even kerajaan byak kali bpesan agar jangan ambil peduli tentang berita tersebut tapi perkara ni tak dapat dibendung. Bahkan cerita dan spekulasi yg ditulis lebih menarik dan ricih. Dalam pada kerajaan mnyatakan tak de pape yg disembunyikan oleh mereka, ternyata terlalu byak perkara yg disembunyi oleh mereka, malah media sosial myebarkan dgan meluas di alam maya fakta yg tidak atau lambat dijelaskan oleh kerajaan. hal ini menambahkan lagi kepercayaan masyarakat terhadap media sosial dan mgalakkan pihak berkepentingan mdedahkan lebih banyak maklumat dan spekulasi yg akhirnye terpakse ditepis oleh kerajaan pada sidang akbar. Malah apabila digasak habis-habisan oleh wartawan. beberapa jawapan yg diberi kerajaan mengelirukan dari jawapan sblum ini, yg mnambahkan lagi persoalan sedia ada.

Kesimpulan mudah yg dpt kite petik drpd maklumat dan spekulasi media sosial ini adalah banyak pihak yang sebenarnya sudah tidak percaya dgan penjelasan kerajaan yg berikutan rekod kerajaan sebelum ni yg tidak telus dgan rakyat dalam hal-hal kecil mahupun besar. kita tertanya-tanye misteri kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM pade 2007 yg hanya terdedah lebih 2 tahun kemudiannye. Bagaimana pula dgan misteri kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang diletupkan dgan bom. Kemudian diikuti dgan hilangnye pnyiasat persendirian dalam kes tersebut, P.Balasubramaniam. Kematian Teoh Beng Hock di pejabat SPRM  shah alam pade 2009 masih misteri shinnga kini. Dua tahun kemudian, penolong pengarah kastam, Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati dalam bgunan yg sama. Dan yang terbaru kes pencerobohan Lahad Datu yg mgundang byak persoalan.

Namun begitu,dalam kghairahan byak pihak melaporkan berita dan spekulasi, sebagai muslim kita wajib ingat bahawa kita bertanggung jwb dgan ape yg kite sebarkan. Bagi org myebar berita tanpa ada asas dan faktanya sama ada dilakukan dgan niat baik atau jahat, pbuatan ni boleh terjerumus dalam dosa atas sbab pnipuan yg disebarkan. Manakala bagi penerima berita berhati-hatilah dgn berita yg diterima kerana khuatir orang yg myebarkannye adalah dari golongan fasik.

Di sebalik kita meminta dan mnerima bantuan dari pelbagai pihak dalam usaha mncari MH370, antara perkara yg harus dilihat campur tangan negara asing khususnya barat dan Amerika Syarikat. Ini kerana mereka adalah pasukan dari negara kuffar yg selama ni memusuhi islam dan umatnye. Dgan pghantaran kapal dan peralatan perang atas nama bantuan mncari dan myelamat , kita seharusnya mempersoalkan keikhlasan mereka di sini kerana selama ni mereka berapa byak kali mbunuh umat islam yg tidak berdosa di Afghanistan,Syria,Mesir,Palestin dan byak lagi, mlalui sokongan mereka kepada pmimpin negara-negara tersebut yg mnjadi ejen mereka,aneh, kenapa pula kali ni mereka beriya-iya myelamatkan org lain. apa yg penting kita mesti berhati-hati dengan campur tangan asing dan kita mgharapkan tidak wujud apa-apa konspirasi dlm kes ini.

Selain kita berusaha dan mndoa kan terbaik, kita juga mndapat menarik byak pgajaran dlm peristiwa kehilangan MH370.kita melihat kekuatan tentera dikerahkan dan perhatian seluruh dunia tertarik dgn usaha menyelamatkan mangsa sama ada hidup atau sudah mati. perkara ini adalah suatu tindakan yg patut dan wajar cuma alangkah baiknya kalau kekuatan yg dikerah ini juga dihantar bagi menyelamatkan umat islam yg kini secara nyata dibunuh dan dianiaya di Palestin,Afghanistan,Syria,Myanmar dan lain-lain.malah perkara ini adalah kwajipan yg sangat mndesak. Kita juga melihat bagaimana dunia boleh bergabung dgan bersungguh myelamat mangsa , namun dalam pada masa yg sama dunia hanya bdiam diri  mbiarkan ratusan ribu umat islam dibunuh dgan kejam di negeri bkenaan. Pengajarannya ialah walaubagaimana hebat dan canggih ilmu sains dan teknologi yg ada, namun kuasa Allah melebihi segala-galanya. Namun, jganlah kita berhenti berdoa mgharap pertolongan Allah tatkala berlakunya musibah yg kita tidak ada daya dan upaya utk selesaikannya. namun tatkala senang dan gembira, Allah dilupakan. Wallahu a'alam.....

                                                           -Presiden Qs-