Saturday, 12 March 2016

CERITA ORANG TUA
Usaha Dakwah pakcik2 Tabligh yg tak kenal penat lelah..Terima kasih pakcik2...Teringat kenangan dulu masa kecik2..asbab ikram mereka ajak kami ke masjid..kami di jamu minum dan makan..Hingga hari ini kami lekat di Masjid..kemudian pakcik2 selalu cerita pada kami kisah2 Nabi..hingga diri ini mendapat Hidayat dari ALLAH terbuka hati nk masuk madrasah Hafal Quran..walaupun pakcik2 tak hafal Quran..tetapi mengalir di buku amalan pakcik2 semua pahala menghafal Al-Quran kerana asbab pakcik hari ni kami jd Hafiz Quran dan merantau ke negara orang mencari ilmu..Allahuakhbar...
Mungkin di antara pakcik sudah pergi mendahului kami meninggalkan dunia yg fana' ini..insyAllah pakcik akan kami sambung usaha Dakwah ini walaupun saat pakcik2 hidup dahulu sering kedengaran dari telinga kami orang mencerca pakcik2 dgn cercaan 'Si Tabligh Jahil tak de ilmu' tapi ketahuilah wahai pakcik2 asbab usaha susah pakcik2 yg bersabar dan menangis di malam hari berdoa untuk Umat kini kami dapat belajar mengenali Agama ini hingga ke Bumi Madinah...Semoga ALLAH merahmati pakcik2...Terima kasih kerana mengajarkan kami erti Cinta dan pengorbanan..kini kami bermukim di Bumi Rasulullah Saw dan Para Sahabat..
Buat Pakcik2 yg masih hidup pula..Teruskanlah usaha Dakwah pakcik2...dengan ikram dan kasih sayang...setiap anak2 yg pakcik ikram yakinlah di belakang mereka ribuan manusia akan masuk Islam dan Umat kembali pd Agama..kita tidak tahu ALLAH telah atur mereka untuk menjdi Daie...saya begitu yakin waktu kali pertama dulu pakcik2 ikram kami masa kami tengah nakal kecik2 dulu ke masjid jamu kami dgn biskut dan teh panas,waktu itu pasti pakcik tak pernah terfikir dan tak menyangka hari ni kami akan menuntut ilmu sampai ke Tanah Arab asbab ikram biskut kering dan teh panas yg pakcik jamu dulu..


   



Umat Akhir Zaman
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasahampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ya ALLAH Ampunilah Dosa dan kesilapan kami Umat Muhammad Saw khas nya Alim Ulama kami dan pkcik2 orang yg lebih tua dari kami yg menjalankan usaha Dakwah..istiqomahkanlah kami semua dgn usaha Dakwah ini hingga akhir hayat kami...jadikanlah langkah2 kami asbab Hidayat untuk Umat seluruh alam..Terimalah kami untuk Redho Mu..dan bangkitkanlah kami di belakang Baginda Saw di akhirat nanti..Amin...