Vacation ni dinamakan #TripToUtagha sebab kitorang iaitu aku (syakbe), aziq, faris dan fairus menjelajah di sekitar utara negara iaitu penang, kedah dan perlis. Kalau ikut plan awal kitorang, perak salah satu destinasi tapi setelah dibuat perbincangan kami tolak untuk ke perak atas beberapa sebab antaranya ‘tak cukup bajet, kawasan perak agak luas, tempat-tempat menarik agak jauh dan kesukaran untuk mendapatkan pengangkutan awam.’ Bajet seorang mengikut perancangan kami untuk vacation ni adalah sebanyak RM300-RM350 yang merangkumi pengangkutan, penginapan, makanan dan juga shopping. Nak tahu cukup ke tak bajet kami menjelajah ke utara negara dari ibu kota dengan berbekalkan bajet ciput sebanyak RM300-RM350 seorang selama 4 hari 3 malam serta tambahan 2 malam untuk perjalanan pergi dan balik kitorang…. Let’s see!
Ini gambar kitorang berempat, dari kiri aziq (botek), fairus (bendeleh), faris (tenis boy), aku syaaban (syakbe).
Lebih kurang pukul 10.30 malam kami dah keluar daripada KSJ (kediaman bagi mahasiswa utmkl) dekat setapak, KL untuk ke Pudu Sentral (Hentian Pudu). Kitorang naik teksi dari ksj utk terus ke stesen lrt titiwangsa dan bayaran sebanyak Rm8 utk brader teksi tadi. Dari stesen lrt titiwangsa kitorang ke stesen lrt plaza rakyat sebab pudu sentral terletak bersebelahan dgn stesen lrt plaza rakyat ni. Token yg dikenakan sebanyak Rm2.30.
Sampai di pudu sentral (keadaan agak tak guna sikit kat sini sebab banyak ulat tiket) aku terus ke kaunter tiket kat tingkat atas tempat di mana aku dah beli tiket awal-awal sebelum ni. Ulat tiket kat sini agak 'panas’ sikit. Bukan sikit tapi banyak. Bodoh! Aku sampai kat kaunter tiket yg aku dah berjanji dgn penjual tiket sebelum ni utk menebus balik tiket aku utk mlm ni sbb yg aku dapat masa beli tempoh hari dia bagi resit sahaja macam resit yg kau biasa2 dapat lepas beli barang kat pasaraya. Tak guna!
Aku dapat tebus tiket bas tersebut utk 4 org dari KL-Butterworth dgn harga RM35 seorang. Tapi yg buat aku rasa bengang adalah hari tu aku dijanjikan dgn bas mayang sari yg ada wifi tapi apa yg aku dan kawan2 aku dapat adalah bas A Class yg takde wifi dan dapat kerusi rosak. Bengongkan! Dan kami teruskan perjalanan menaiki bas tersebut pukul 12 mlm dan Alhamdulillah sampai di stesen bas Butterworth pukul 4.30 pagi.
1) Pulau Pinang
Kitorang lepak kat sekitar stesen bas butterworth tu dan jalan2 kat sekitar utk tunggu masuknya waktu subuh. Usai subuh kitorang terus ke jeti feri yg bersebelahan sahaja dgn stesen bas butterworth dan juga ktm butterworth utk menyeberang ke bandar georgetown dgn menaiki feri yg berharga Rm1.20 seorang sahaja dan masuk bandar georgetown sahaja. Keluar dari bandar georgetown free beb!
Kami touchdown
di bandar georgetown
dalam pukul 6.45
pagi setelah mengambil
masa selama 15
minit di atas
feri setelah berlepas
pukul 6.30 pagi. Stesen
bas hanyalah sebelah
jeti dan kitorang
just jalan kaki
untuk ke sana.
Kami terus mencari
kedai makan untuk
breakfast dahulu. Tempat
pertama untuk dituju
adalah Penang Hill
dan hanya naik
bas dari stesen
bas kat jeti
tu ke Penang
Hill dengan tambang
Rm2 seorang. Dalam 20-30
minit jgklah utk ke Penang
Hill tu. Sampai di
Penang Hill, kitorang naik
train utk ke
puncak yang berharga
Rm3 sahaja naik
dan turun sekali.
Tapi ini harga
promosi untuk weekday
sahaja. Kalau weekend cecah
Rm10 bro!
Wajah kegembiraan kat atas train
Makan masa
10-15 minit sahaja
untuk ke puncak
Penang Hill dengan
train yg cerunnya
45 darjah kecondongannya. Best and
menarik! Sampai di
puncak, terus ke View Deck
utk melihat Bandar
Georgetown tapi agak
malang sebab keadaan
yg berjerubu so
nampak asap putih
je. Tak guna kapitalis
asean! Tak guna Jokowi!
Ok, gua marah
ni. Sampai 2
jam jgklah kitorang
pusing2 kat puncak
Penang Hill tu. Lepastu
turun balik. Sampai
bawah dah ada
bas untuk ke
stesen bas kat
jeti tadi. Tambang
tetap Rm2 je.
Masa untuk
sewa motor, so aku
call tauke sewa
motor dan apek
cina yg angkat.
Kitorang deal dengan
dia dan dapatlah
2 buah motor
skuter berharga Rm28
sehari tapi deposit
cekik darah sikit
Rm150 beb. Lepas
settlekan motor, terus
chau pi lunch
kat Nasi Kandar
Line Clear. Entah
kat mana tapi
dekat tengah2 bandar
Georgetown lah. Nak
mudah waze atau
google map.
Penang Art Street
Lepas
perut dah terisi, cari
tempat untuk rest
kejaplah dan terus
call homestay yg
kat Bayan Lepas,
tapi dah penuh.
Call yg back up
homestay pulak, dapatlah
dorm yg aku
dah booking awal-awal
sebelum ni. Dapat
dorm utk 4
org dgn harga
Rm20 per head
dgn deposit Rm20
jgk tapi kene
shared bathroom dgn
org lainlah. Itulah
konsep dorm dan
juga backpackers! Ye ke? Lantak
pi lah! Nama
tempat tu (Xavier
Lodge) Yang istimewa
dalam dorm tu
adalah laki dan
pompuan berkongsi. Haih!
Haih! Tapi kitorang
duduk kat tempat
isitimewa sikit sbb
dah booking awal
dan tempat tu
macam bilik yg ada 2
katil double decker
tapi takde pintu.
Hehehe! Bathroom pula
ada 2 dan
dekat je.
Lepas dapat
katil, apa lagi
nak buat? Baringlahhhh!
Hahaha. (Woi gelaklah!)
Tapi dorm yg
kami sewa ni
dapat kipas je sebab tu murah. Kalau
nak aircond kene
kasi duit lebih
sikit maa. OK, lepas
dah puaskan nafsu
tidur, kitorang gerak ke Bayan
Lepas utk menikmati
minum petang kat
tepi laut. Lepas
dah puas lepak,
barulah ke tempat
yg ditunggu-tunggu iaitu
Batu Feringghi . Tapi
kitorang tak sampai
kat Batu Feringghi
tu, kitorang sampai
kat Teluk Bahang. Entah
kenapa sampai kat
situ sbb syok
sangat bawak motor
naik bukit. Tapi
kalau pegi kat
atas lagi, akan
sampai ke Taman
Negeri P.Pinang.
Teluk Bahang bukan baq hang
Lepak kat
Teluk Bahang tu
kejap je sebab
hujan dan renyai2,
dapatlah tangkap gambar
sekeping dua. Sebenarnya 20-30
keping jgklah. Tapi
yg betul2 benar
adalah tak tahu
berapa keping. Ingat
nak singgah kat
masjid terapung, tapi
tak sempat sbb
hujan makin lebat
jadi singgah la kat masjid
tepi jalan memandangkan
azan maghrib dah
berkumandang.
Lepas dah
berenti hujan, kitorang
pusing sekitar Bandar
Georgetown dan berhenti
makan malam kat
Padang Kota Lama.
Kat sini banyak
medan makan, jadi
memang port utk
menjamu seleralah bagi
pelancong-pelancong luar.
Dah kenyang
makan dengan kene
paw harga macam
makan kat restoran
mewah kat KL,
kitorang pusing2 lagi
kat tengah2 bandar
Georgetown. Tak puas
pusing2 naik motor,
parking motor kat
stesen bas jeti
dan naik pula
bas shuttle yg
free khas utk
pelancong. Free and
free of charge!
Penat pusing2 bandar,
maka kitorang pun
baliklah ke dorm
untuk bermain wifi
sambil layan tv.
Nak tengok tv
kena pi kat
rooftop. Syokk!
Lepas breakfast
kat sebelah balai
polis, terus chau
ke rumah P. Ramlee
yg hanya makan
masa 15 minit
sahaja. Lepastu baru
gerak ke stadium
negeri kat Batu
Kawan. Batu Kawan
tau bukan batu
hang atau batu
aku. Jauh sekali
dengan batu gajah.
Kat sebelah stadium
ni ada pasar
pagi, jadi membeli-belahlah sapa
yg mempunyai uwang
sapa yg takda
uwang, main batu
lah hangpa. Huhu!
Singgah sekejap
di Fort Cornwall
yg merupakan kubu
bagi pihak british
semasa menawan Georgetown
dulu. Tapi nak
masuk kene bayar
Rm10 dan dia
bagi air mineral. Habis
lawatan sambil belajar
kat Fort Conrwall
tu, terus balik
dorm utk siap2
nak bla tengah
hari tu.
2) Kedah
Dari Butterworth ke Alor Setar kitorang naik bas dgn tambang Rm11 sorang. Ambik masa dlm 1 jam setengah sbb driver bawak slow sambil makan kuaci. Sampai di terminal Shahab Perdana. Nak pegi kat stdm kene naik bas Rm1 tapi berhenti kat hospital lama sbb bas tu tak lalu depan stdm. Kitorang stay dekat kompleks belia sukan kedah kat belakanh stdm darul aman. Cuma Rm11 sorang utk sehari (24 jam).
Sampai pun dah lewat ptg, jadi ptg tu just baring atas katil je lah. Dapat dorm utk 6 org penghuni tp kitorang ada 4 org je, ada katil extra lah. Tapi tandas kat luar, sebelah bilik je. Tandas pompuan lah, tandas laki kat hujung dan malas nak pi. Lantaklah!
Masuk mlm kitorang cuma pegi makan je kat area stdm sbb penat nak pi jalan2 dan takde transport dan keadaan hujan. Lepak je lah sekejap kat warung sambil layan muka bangjib dlm buletin utama. Area stdm tu jgk ada bazar larut mlm. Macam2 ada, jersi kedah pun ada tp agak mahal lah.
Rumah Tun Dr. Mahathir dengan Menara Alor Setar
Pagi2 lagi dah cari makan kat bandar aloq setaq dkat dgn pekan rabu. Naik bas Rm1 kat stdm, bas lalu tahan je lah. Aktiviti kitorang cuma berlegar-legar kat bandar aloq staq dgn jalan kaki je. Naik menara aloq staq bayar Rm9 dan agak mahal walaupun kau seorang pelajar.
Kedah Art Street
Sampai tengah hari kitorang dah kene siap2 sbb nak kejar train ets utk ke arau pulak. Stesen ktm alor setar dekat je dlm 10-15 minit dari stdm alor setar. Kalo naik teksi pun dlm Rm8 – Rm10 je. Train ets menuju ke arau dari alor setar ada pada pukul 2.30 ptg. Waktu lain aku tak tau. Tambangnya Rm12 sehala utk seorang.
3) Perlis
Pengalaman naik train ets sangat power sebab…. Ianya powerlah. Kelajuan cecah lebih 140km/h makan masa 30 minit je utk sampai di arau. Di stesen ktm arau utk ke homestay (K House) dekat area matrik perlis dan juga uitm arau ambik masa 10-15 minit dgn teksi yg berharga Rm10.
Homestay pulak sangat murah, Rm49 utk satu mlm. Tapi sewa kereta agak mahal, kitorang sewa kereta kancil je Rm60 sehari beb! Hmm.
Aktiviti utk ptg tu cuma jalan2 sekitar bandar kangar, singgah di stdm utama dan pi tengok sunset dekat jeti kuala perlis. Dan fenomenanya cukup ‘power’! Dinner pulak dgn makanan laut yg segar-segar gila dan cukup sodapp!
Pemandangan yg sungguh cantik di jeti Kuala Perlis
Hari terakhir utk pula kitorang pegi shopping kat padang besar. Tapi harga naik dan barang memang mahal sbb nilai ringgit jatuh tahap gila teruk! (Natang mung Najib). Jadinya, tak shoppinglah sangat. Ada laa sikit beli barang. Aku pegi cari tandas je, tapi tandas tutup. Tak guna! Terpaksa masuk balai bomba sebab nak masuk tandas jgk.
Habis di padang besar, gerak ke wan kelian pula tapi singgah sekejap kat gua kelam. Nak masuk gua kelam ni murah je, bayar Rm1 sorang je. Nak mandi free tapi air agak kotor. Tak cantik. Mungkin sbb hujan yg buat air dari atas puncak gunung tu mengalir ke bawah.
Gua Kelam
Puas di gua kelam, perjalanan ke wan kelian diteruskan. Nak ke wan kelian ni agak mencabar sbb jalan berbukit dan bercerun dan jgk berselekoh power. Tempat2 macam ni geng2 drift suka lah. Port puak2 Toretto berlumba.
Pasar wan kelian ni dah dekat dgn pintu sempadan ke thailand. Orang2 perlis tahu lah. Bila kitorang sampai pasar tu tutup dan hambar. Takde apa. Terpaksalah pusing balik.
Masa tengah hari, kitorang singgah pulak kat rmh rakan sekelas. Orang jati perlis dan orangnya cantik dan cantik. Semestinyalah pompuan. Pulang ke homestay utk persiapan terakhir sebelum mengakhiri trip kali ni.
Sekitar kawasan negeri Perlis
Naik ktm di arau pukul 7.30 mlm dan sampai di kl sentral pukul 4.30 pagi. Kitorang naik train biasa tapi yg second class punya. Tempat yg berbaring, sedap utk tidur tapi takde soket dan jgk wifi. Tambangnya pulak Rm50 sorang.
Perbelanjaan perseorangan :-
Malam pertama :
– Rm2 (teksi) (ksj-lrt titiwangsa)
– Rm2.30 (lrt) (lrt titiw’sa-lrt p. rakyat)
– Rm35 (bas) (kl-butterworth)
– Rm2.30 (lrt) (lrt titiw’sa-lrt p. rakyat)
– Rm35 (bas) (kl-butterworth)
Hari pertama :
– Rm1.20 (feri)
– Rm3 (breakfast)
– Rm2 (bas) (stesen bas-penang hill)
– Rm3 (train ke puncak penang hill)
– Rm2 (bas) (penang hill-stesen bas)
– Rm14 (sewa motor) (sehari)
– Rm2.50 (minyak motor)
– Rm10 (lunch) (nasi kandar line clear)
– Rm20 (dorm) (satu malam)
– Rm2 (minum petang)
– Rm3 (breakfast)
– Rm2 (bas) (stesen bas-penang hill)
– Rm3 (train ke puncak penang hill)
– Rm2 (bas) (penang hill-stesen bas)
– Rm14 (sewa motor) (sehari)
– Rm2.50 (minyak motor)
– Rm10 (lunch) (nasi kandar line clear)
– Rm20 (dorm) (satu malam)
– Rm2 (minum petang)
Malam kedua :
– Rm10 (dinner)
Hari kedua :
– Rm3 (breakfast)
– Rm10 (fort cornwalls)
– Rm0 (lunch freeee)
– Rm11 (bas) (butterworth-alor star)
– Rm1 (bas) (stesen bas-stadium) (X)
– Rm2 (bas) (nowhere-stadium) (√)
– Rm11 (dorm)
– Rm10 (fort cornwalls)
– Rm0 (lunch freeee)
– Rm11 (bas) (butterworth-alor star)
– Rm1 (bas) (stesen bas-stadium) (X)
– Rm2 (bas) (nowhere-stadium) (√)
– Rm11 (dorm)
Malam kedua :
– Rm7 (dinner)
Hari ketiga :
– Rm1 (bas ke pusat bandar)
– Rm4 (breakfast)
– Rm9 (menara alor star)
– Rm5 (lunch)
– Rm12 (ets) (alor star – arau)
– Rm2.50 (teksi) (ktm arau-homestay)
– Rm12.25 (homestay)
– Rm15 (kereta sewa)
– Rm10 (minyak kereta)
– Rm4 (breakfast)
– Rm9 (menara alor star)
– Rm5 (lunch)
– Rm12 (ets) (alor star – arau)
– Rm2.50 (teksi) (ktm arau-homestay)
– Rm12.25 (homestay)
– Rm15 (kereta sewa)
– Rm10 (minyak kereta)
Malam ketiga :
– Rm16.50 (dinner)
Hari keempat :
– Rm5 (breakfast)
– Rm1 (gua kelam)
– Rm0 (lunch freeeee)
– Rm4 (minum petang)
– Rm1 (gua kelam)
– Rm0 (lunch freeeee)
– Rm4 (minum petang)
Malam keempat :
– Rm50 (train) (ktm arau-kl sentral)
– Rm5 (dinner)
– Rm5 (dinner)
Hari kelima :
– Rm2.40 (lrt) (kl sentral-sri rampai)
– Rm1 (bas) (lrt sri rampai- ksj)
– Rm1 (bas) (lrt sri rampai- ksj)
Jumlah Keseluruhan : RM309.65