Kunci diatas meja terus aku capai lantas melulu ke arah pintu.
"Oi mat, kau nak pegi mana?"
Hipokrit.
Itu yang terlintas dalam hati.
*******************************************************************************
Kesejukan buat aku tersedar, dimana pergi selimut aku. Mungkin style tidur yang agak ganas membawa ia terbang ke mana2. Dalam kegelapan, rabaan ke sekitar katil tidak membuahkan hasil. Dalam kekecewaan aku capai telefon bimbit diatas meja. "Eh, ada wasap". Untuk seseorang yang loner macam aku ini, satu kepelikan bila ada mesej datang bertandang. selalunya hanya dari group kelas yang merepek tak tentu hala. Tu je la satu hiburan aku.
"hai"
ringkas tapi bermakna buat aku. Cukup untuk melahirkan senyuman pada muka yang masih mamai. bukan kerana aku batak dengan perkataan hai tapi kerana penghantarnya.. 3 huruf dari dia cukup buat hati aku tersenyum.
******************************************************************************
Pagi ini seperti biasa, lecturer dihadapan dan aku disini dengan cara aku. Bagi aku ini bukan lagi sekolah, apa yang penting cuma gred diakhir sem. Prosesnya semua sekadar rutin tak bermakna. Akhir sem nanti baru belajar. Hipokrit juga aku rupanya.
Mata dah kuyu. Hampir terlentuk. Dalam kekaburan tu aku terpandang satu wajah, tersenyum. Jelas kelihatan gigi putih cantik tersusun beliau. Nak saja aku capai wajah tu dan tampar sekuat hati kerana kecomelannya. Geram.
Tapi dari jauh pemilik wajah tersebut seakan melambai, spontan aku membalas lembut. Tiba2 badan bergegar. Gempa bumi? Ditengah KL? Oh itu mustahil kata segala ilmu geografi aku mengenang peta rintangan api pasifik. Bila aq toleh rupanya si man yang menolak aku dari tadi, agaknya tak sebab nak rokok sebatang, teruk betul budak ni.
"Mat, lecturer panggil kau, bangun la mangkuk ayun!" kata man dengan nada agak berbisik
Tindakkan spontan adrenaline buat aku terdiri tegak ditengah dewan kuliah.
"Dah sampai mana mat mimpi? Aussie ada tak, saya nak buah tangan" teguran sinis lecturer meletuskan ketawa pelajar yang lain. Sesetengah terbahak2 macam tak cukup oksigen, yang wanita cuba mengawal ayu. Lalu aku terpandang dia, dengan senyuman liriknya...
********************************************************************************
"Terima kasih tolong kejut tadi"
Ayat tu buat dia terhembus ketawa, hampir hilang keayuannya yang memancar.
"Tu la lain kali dalam kelas jangan tidur, tahukan lecturer tu garang, haish awak ni. Silap2 dia failkan awak untuk subjek dia, baru tahu" katanya sambil masih cuba berhenti ketawa.
"Ala takpa, kan ada cik Nur boleh ajar saya nanti, kan" kata aku dengan yakin sambil mengenyit mata.
"ish, menyampah" terus dia berlalu pergi dengan lambaian santai.
Nak saja aku capai tangan tu bawa dia jumpa mak ayah.
*********************************************************************************
Hari hari biasa seorang pelajar di universiti awam, dengan kelas ada tugasan bagai sinonim; saling patah hilang berganti. Tapi bagi aku hari ini cukup indah. Orang kata bila dilamun cinta, hati sentiasa berbunga. Kekadang tersenyum sendiri macam orang tak tentu arah. Mungkin betul, sebab aku asyik teringatkan dia. Dengan gelagatnya serta wajahnya jelas terbayang. Cukup untuk buat aku gila tersenyum sendiri.
"Hai teruk kau ni kena deman cinta" kata man sambil menghembus vape. Katanya vape ni jalan untuk berhenti rokok, rokok dan vape lain cuma diorang tetap ada asap. Asal berasap dah cukup cun katanya.
"Aku sihat je, wei kau dah hantar belum slide tu?" sengaja aku ubah topik, harap2 menjadi dari terus disakat si hamba asap.
"Ish lupa, alamak, jom pegi hantar" balas si hamba asap.
Dengan menaiki kapcai kepunyaan si hamba asap, kami memecut ke kampus. Masih ada harapan untuk markah presentation kami, paling teruk mungkin terpaksa merayu domba. Larian anak kami merentasi ruang koridor ke arah pejabat.
"Kau ingat tak dekat mana bilik dia"
"Tak jap aku cari" kata man sambil menguis henpon baru yg kelimanya pada tahun ini.
Aku cuba merentak kembali nafas.
"Alamak aku tertinggal kunci motor la, pegang sat henpon ni" terus dia berlari dengan penuh kegelabahan, motor baru kot biasa la tu, kata hatiku tertawa sendiri.
Aku membelek kembali helaian kertas projek, harap lecturer masih nak terima. Tiba2 sesuatu bergetar, bukan rusuk kiri aku tapi henpon si man dengan satu mesej dari wasap masuk.
"Rindu la dekat awak"
Wow si hamba asap ada awek rupanya, sampai hati dia tak beritahu roomate sendiri. 3 saat kemudian aku tahu kenapa dia tak beritahu aku selama ni. Sebab mesej tu dari dia..
*********************************************************************************
"Tak habis2 muka awak berdua ni hantar lambat"
leteran tu terus menerus tapi dah tak penting lagi buat aku. Hati bagai hancur dipalu ombak penuh tahi khinzir di pantai lido suatu masa dulu. Marah, kecewa membuak..
-Embek-